DAP Padam Artikel Salah Laku Mahathir – PMSP

KUALA LUMPUR― DAP didakwa memadam banyak artikel dalam portal Roketkini yang sebelum ini mengkritik dan mengutuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan skandal mata wang asing (Forex).

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata tindakan itu dipercayai berkait rapat dengan sikap Penasihat DAP Lim Kit Siang yang kini “berkawan” dengan Dr Mahathir ​​​​​​untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Semua artikel yang pernah tuduh Dr Mahathir terlibat skandal rasuah, Forex dan BMF telah dipadamkan dari laman sesawang Roketkini.

“Kita tahu Kit Siang ada banyak maklumat dan beliau merupakan orang yang paling marah dengan (Dr) Mahathir ketika skandal itu pada tahun 1992 sehingga negara kehilangan berbilion ringgit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya pada 3 Jun 2012 Lim sendiri pernah berkata sekiranya pakatan pembangkang menang pada PRU ke-13, satu Suruhanjaya Siasatan Diraja akan ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal Forex Bank Negara yang berjumlah RM30 bilion pada tahun 1992 serta terhadap semua skandal kewangan selama tempoh 22 tahun Dr Mahathir sebagai pemimpin negara.

Roketkini merupakan portal rasmi maklumat dan berita DAP.

Ramesh berkata perkembangan dalam DAP itu menyaksikan bahawa Lim sebenarnya amat terdesak berikutan faktor usia dan pemimpin parti itu tidak mahu dilihat sebagai pemimpin DAP yang gagal membawa kejayaan kepada parti khususnya untuk misi membantu kemenangan pembangkang dalam PRU ke-14 kelak.

“Anaknya sendiri sudah berjaya jadi ketua menteri, Kit Siang jadi apa?

“Sebab itu kerjasama ini begitu penting kerana jika beliau pentingkan dendam dengan Dr Mahathir, segalanya akan musnah dan tak ada harapan untuk pembangkang menang,”katanya.

Pada 4 Mei lalu, Lim memberi keterangan kepada Pasukan Petugas Khas siasatan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sepanjang 1991 hingga 1993.

Anggota Parlimen Gelang Patah itu memberi keterangan kira-kira 40 minit kepada pasukan petugas khas itu yang bersidang di Kementerian Kewangan di Putrajaya. ― BERNAMA

Advertisements

One thought on “DAP Padam Artikel Salah Laku Mahathir – PMSP

  1. Sokong PKR bererti sokong DAP
    Sokong PPBM bererti sokong DAP

    Maka, terhapuslah keisitimewaan Islam sbg agama persekutuan, tersingkirlah kepentingan dan kelebihan Melayu dan bahasanya. Justeru, bersedialah kita utk UiTM ditutup, azan tidak dibenarkan, penyingkiran kakitangan awam secara besar-besaran. Masjid-masjid hanya akan dibenarkan utk sembahyang sahaja. Penyebaran agama lain secara terbuka serta kelulusan serta merta bagi tujuan pemurtadan.

    Natijahnya, mari kita raikan kebobrokan kita disebabkan pengkhiatan si mantan, dan kejelikan segolongan dari kita yg membakar kelambu sendiri.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s