Kit Siang Nafi, Tapi Strategi Mahu Jadi PM Makin Jelas

bnbbc.my – Dakwaan Lim Kit Siang bahawa DAP sentiasa menjadi parti untuk semua rakyat Malaysia dan tidak pernah menjadi parti untuk kaum tertentu dilihat langsung tidak bertepatan dengan tindakannya.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali melihat tiada satu isu berkaitan Islam di negara ini yang tidak ditentang parti itu.

Berikutan itu, beliau mempersoal di mana kewajaran kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu dan mengesa rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan mainan kata-kata manis itu.

“Rakyat perlu menilai bukan dengan kata-kata retorik tapi pada perlakuan dan tindakan mereka kerana tidak satu isu melibatkan Islam ditentang oleh DAP.

“Jika benar memperjuangkan hak semua, kenapa DAP dilihat begitu menentang agenda Islam seperti RUU 355 yang merupakan hak bagi orang Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia? soalnya kepada BNBBC.my portal, Isnin.

Terdahulu, Kit Siang dalam ucapannya malam semalam di Subang Jaya berkata partinya mewakili semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.

Beliau juga dilaporkan menafikan memasang impian untuk menjadi Perdana Menteri serta pernah menjadikan pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan sebagai boneka.

Bagaimanapun, Khairuddin menyifatkan Kit Siang sememangnya sedang mengapai cita-citanya melalui strategi yang dilaksanakan.

“Sebagai sebuah parti politik pastinya DAP mempunyai cita-cita besar untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Ia boleh dilaksanakan dengan menjadikan pemimpin melayu Islam sebagai batu loncatan, ini juga sudah dilihat dengan lebih awal,” dakwa Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Advertisements

One thought on “Kit Siang Nafi, Tapi Strategi Mahu Jadi PM Makin Jelas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s