Ahok Dijatuhkan Hukuman Penjara 2 Tahun Hina Islam

JAKARTA – INDONESIA. Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dijatuhkan hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah menghina agama, lapor BBC.

Ahok yang merupakan etnik Cina Kristian pertama mentadbir ibu negara Indonesia dan kes ini dilihat sebagai ujian toleransi agama negara itu.

Beliau dituduh menghina Islam dengan merujuk kepada ayat al Quran dalam ucapan kempen.

Sebelum keputusan itu, penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang Ahok berkumpul di luar Mahkamah Agung di Jakarta masing-masing menuntut pembebasan atau hukuman penjara yang panjang.

Kira-kira 15,000 anggota keselamatan yang terdiri daripada polis dan tentera membuat kawalan keselamatan di tempat kejadian, dengan polis rusuhan dan kereta perisai memisahkan dua kumpulan.

Ahok menjadi gabenor bukan Islam pertama di Jakarta yang diambil alih daripada Joko “Jokowi” Widodo, yang dipilih sebagai presiden pada tahun 2014.

Ahok tewas kepada calon Muslim konservatif Anies Baswedan Rasyid dalam pemilihan gabenor Jakarta baru-baru ini.

Indonesia adalah negara Islam paling ramai penduduk di dunia. Kira-kira 85% daripada penduduknya adalah Muslim, tetapi negara itu secara rasmi menghormati enam agama.

Dalam ucapannya di Kepulauan Seribu itu, Ahok didakwa meminta umat Islam supaya tidak terpedaya dengan pihak menggunakan ayat 51 surah Al-Maidah dalam Al-Quran yang menyebut umat Islam dilarang memilih orang bukan Islam menjadi pemimpin mereka.

Kenyataan Ahok itu telah mencetus kemarahan umat Islam di Indonesia dan ratusan ribu umat Islam menganjurkan demonstrasi membantah Ahok di ibu kota Jakarta pada 4 November lepas – SH

Advertisements

One thought on “Ahok Dijatuhkan Hukuman Penjara 2 Tahun Hina Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s