Aktivis DAP Gesa Azmin Adakan Pilihan Raya Awal Di Selangor

AIDCNews– 09/05/17 –Aktivis DAP Dr Abdul Aziz Bari menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pilihan raya awal di Selangor untuk menggelakkan semua spekulasi terhadap kerajaan pimpinannya.

Menurutnya, jika Azmin mengadakan pilihan raya awal, semua spekulasi mengenai pemberontakan terhadap kerajaannya boleh dilenyapkan dan sekali gus menyelesaikan masalah perkongsian kuasa dengan PAS yang tidak mempunyai hubungan rasmi dengan PKR dan DAP.

Aziz berkata mandat baharu daripada pengundi di negeri terkaya di Malaysia itu akan menamatkan ketidaktentuan yang muncul selepas PAS membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PKR pada muktamar parti itu yang baru berakhir.

Keputusan ini merumitkan lagi keadaan penyusunan kuasa di Selangor di mana wakil rakyat daripada PAS, PKR dan DAP membentuk kerajaan negeri tetapi PAS tidak mempunyai hubungan rasmi dengan DAP sejak 2015.

“Langkah terbaik adalah jika menteri besar meminta Sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri sekarang, kita sudah mendapat mandat empat tahun.

“Kerajaan negeri perlukan mandat baru dengan pentadbiran kukuh yang akan memadamkan semua keraguan, terutama selepas PAS berkata ia mahu menamatkan hubungan dengan PKR,” kata Aziz kepada The Malaysian Insight.

Portal itu turut melaporkan kenyataan Penganalisis politik pro-PAN Mohamad Hisomuddin Bakar daripada Pusat Ilham yang berkata PAS tidak akan menarik diri daripada Kerajaan Negeri Selangor kerana bimbang kira-kira 5,000 aktivis PAS hilang jawatan dilantik di dalam peringkat majlis tempatan dan jawatankuasa kampung.

“Jika PAS menarik diri daripada kerajaan Selangor, mereka juga akan hilang kawalan ke atas rangkaian masjid dan surau di seluruh negeri yang mereka gunakan untuk menyebarkan agenda parti,” kata Hisomuddin.

Hisomuddin juga berpendapat, PAS tidak akan menamatkan hubungan dengan PKR sebelum tamat tempoh mandat kerajaan Selangor pada Mei tahun depan.

Walaupun ahli PAS menginginkannya, keputusan muktamad terletak kepada Majlis Syura.

“Terdapat dua senario. Sama ada Majlis Syura memberi lampu hijau untuk menamatkan hubungan itu sekarang, atau berkata ia akan terus bekerjasama dengan PKR sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi Pilihan Raya Umum ke-14. Saya percaya kemungkinan kepada pilihan kedua.”

Hisomuddin bersetuju dengan Aziz situasi yang dalam pentadbiran Selangor kini bermasalah memandangkan PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP.

“Kami berada dalam situasi di mana parti politik yang dipilih pengundi tidak boleh menterjemahkan janji mereka kepada dasar awam kerana tidak boleh bekerjasama.”

Advertisements

3 thoughts on “Aktivis DAP Gesa Azmin Adakan Pilihan Raya Awal Di Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s