PAS Selangor Buat Rombakan Besar

AIDCNews– 09/05/17 –PAS Selangor di bawah kepimpinan Pesuruhjaya baharu, YB Sallehen Mukhyi telah melakukan rombakan besar-besaran kepimpinan parti peringkat negeri bagi sesi 2017-2019.

Shafei Ngah yang juga Timbalan Speaker Selangor telah digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2 diganti dengan YB Ir Mohd Haslin Hassan.

Begitu juga Ustaz Dusuki Abdul Rani digugurkan dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya 3 diganti dengan Ustaz Mohd Zamri Zainuldin.

Namun begitu Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1.

YB Mohd Khairuddin Othman yang sebelum ini pernah memegang jawatan Setiausaha PAS Selangor selama beberapa penggal digugurkan dengan muka baharu, Haji Halim Omar.

Bagaimanapun, YB Tuan Hj Zaidy Abdul Talib dikekalkan sebagai Bendahari PAS Selangor.

Hj Mohd Prasad Hanif digugur dari jawatan Ketua Penerangan diganti dengan muka baharu Ustaz Hasbullah Ridwan.

Kekosongan jawatan Pengarah Pilihan Raya yang sebelum ini dipegang oleh Ir Mohd Haslin diganti dengan Haji Roslan Shahir Mohd Shahir.

Sallehen yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak berkata fokus utama jawatankuasa baharu itu adalah memastikan kemenangan PAS pada pilihan raya umum (PRU) akan datang biarpun rakan sekutunya DAP telah memutuskan tahaluf siyasi dan kini menunggu keputusan Majlis Syura Ulama mengenai kedudukan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kita akan teruskan kerja-kerja yang dirancang jawatankuasa perhubungan sebelum ini dan akan tambah baik mana-mana yang tertinggal demi memenangkan parti,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media, di Shah Alam malam ini.

Dalam pada itu, Sallehen berkata parti Islam itu akan bertanding sekurang-kurangnya 45 kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang berbanding 20 kerusi sebelum ini.

Bagaimanapun katanya isu pembahagian kerusi dengan PKR bergantung kepada keputusan Majlis Syura Ulama dan sekiranya ‘terpaksa’ berpisah, pihaknya akan berbincang untuk menambah jumlah kerusi yang akan dipertandingkan.

Advertisements

One thought on “PAS Selangor Buat Rombakan Besar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s