PAS Buat Keputusan Tahaluf Siyasi Dengan PKR Esok


KOTA BHARU: Majlis Syura Ulamak Pas akan mengadakan mesyuaratnya esok di mana ia bakal membuat keputusan mengenai tahaluf siyasi dengan PKR.

Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata beliau akan menghadiri mesyuarat berkenaan.

Sebelum ini, Pas kawasan meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengan PKR dan cadangan berkenaan kemudian dibahas dan diterima sebulat suara pada muktamar parti itu di Kota Sarang Semut minggu lalu.

Sementara itu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan menyambut baik hasrat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan hubungan PKR-Pas.

Katanya, tiada masalah untuk mereka bertemu, bahkan sikap lapang dada yang ditunjukkan Mohamed Azmin itu perlu disambut baik oleh Abdul Hadi.

Semalam Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata masih ada ruang ke arah menyelesaikan masalah berkenaan asalkan semua pihak mempunyai kerendahan hati untuk duduk berbincang.

Ahmad juga menyambut baik ketetapan kerajaan Selangor untuk tidak merombak pentadbirannya dan mengekalkan exco dari Pas.

Katanya, exco Pas yang dilantik merupakan mereka yang dipilih oleh rakyat, bahkan ia diperkenan oleh Sultan Selangor – Astro Awani

Advertisements

One thought on “PAS Buat Keputusan Tahaluf Siyasi Dengan PKR Esok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s