Skandal Rasuah Zakat Pulau Pinang

Captain M – 1. Pulau Pinang Negeri penuh dengan Skandal Rasual sejak DAP menjadi pemerintahnya. Lim Guan Eng sendiri Ketua Menteri Pulau Pinang turut dituduh di mahkamah kerana rasuah. Proksi Lim Guan Eng Dato’ Seri Khor Teng Tong (Hunza Group) ditahan SPRM awal bulan April lalu kerana kes jual tanah Yayasan Bumiputera Pulau Pinang.

2. Semalam (9 Mei 2017) sangat mengejutkan dan memalukan umat Islam di negara ini apabila Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang Datuk Haji Azman Bin Haji Abdul Samat bersama 11 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang kerana siasatan kes rasuah membabitkan projek pembangunan masyarakat sejak tiga tahun lalu.

3. Pengurus Besar berusia 50 tahun ini didapati menerima barangan berharga, wang tunai dan cek daripada beberapa kontraktor dan pembekal ZPP sebagai dorongan kerana memberi projek atau kerja berkaitan program pembangunan membabitkan keperluan asnaf, anak yatim dan golongan memerlukan.

4. Apa jenis Pengurus Besar Zakat yang memberikan bantuan permulaan pelajaran dan meluluskan biasiswa tahunan anaknya tanpa melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri selain menerima rasuah dari kontraktor. Begitu ramai yang layak dia berikan anaknya. Ini sangat menjijikkan. Terasa loya!

Apa peranan Exco Agama, YDP Majlis Agama Islam Negeri dan Mufti Negeri Pulau Pinang?

5. Pusat Zakat Pulau Pinang dibawah kuasa Exco Hal Ehwal Agama Islam YB. DATO’ ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM (PKR) dan YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ialah YB. Dato’ Haji Mohd Salleh bin Man ADUN PAS (kini PAN) dan Ahli Lembaga Pengarahnya antara lain Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor Mufti Negeri Pulau Pinang.

6. Semua mereka ini menjadi ‘Kuda Tunggangan’ DAP kerana sanggup bersekongkol dengan Lim Guan Eng termasuk membiarkan Lim Guan Eng campur tangan urusan agama Islam seperti fatwa negeri, penentuan pemberian zakat, digula-gulakan dengan peruntukan agama Islam sehingga Mufti Pulau Pinang sanggup memburukkan pelaksanaan GST sebagai haram di negara ini yang sudahpun disepakati bersama dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 sebagaimana kenyataan JAKIM

7. Sekarang sebagai Ahli Lembaga Zakat Pulau Pinang mereka hendak komen apa? Tak kan Exco, YDP dan selaku Mufti tidak dapat mengawal pegawainya dari melakukan rasuah?Sibuk dengan hal-hal lain, menyerang kerajaan pusat tapi rumah sendiri atap bocor dinding retak. Apa rasuah dalam Zakat Pinang isu kecil dari GST dan Fatwa negeri?

8. Zakat Pulau Pinang ni terkena ‘tulah’ agaknya. Bila semakin merepek macam-macam berlaku. Tahun 2016 bukan main Datuk Azman Abdul Samat, Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang ini mempertahankan tindakannya Pemberian Zakat oleh pemimpin bukan Islam. Dalam ramai-ramai pemimpin Islam dia pertahankan Prof P. Ramasamy Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang menyampaikan pemberian Zakat. Zakat pun dah dimasukkan sebagai Agenda DAP di Pulau Pinang. Bila kerja dan rezeki tak berkat inilah jadinya. Semua terpampang di depan mata.

9. Eloklah SPRM tangkap dan siasat Zakat Pulau Pinang ini kalau-kalau YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Exco Hal Ehwal Agama terlibat sama. Kemungkinan mereka bersekongkol itu ada.

10. DAP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya penuh rasuah. Semalam katanya juga proksi Lim Guan Eng Dato’ Sri Richard Koh dan Dato’ Jean Koh pemilik syarikat Only World Group yang dapat konsesi penswastaan bangunan The Top @ Komtar melarikan diri dari Pulau Pinang (Khabarnya keluar negara) bimbang ditahan SPRM kerana rasuah dan salahlaku ketiadaan Sijil Perakuan Siap (CCC) beroperasi secara haram sejak 4 bulan lalu.

Nota: Hari ini Dato’ Abdul Malik Abul Kassim Exco Hal Ehwal Agama Islam kerajaan DAP kelam kabut menjawab kononnya wang Zakat tak hilang. Apa dia fikir rasuah ini ambik wang saja ke? Sejak 2013 dia tahu Pengurus Besar Zakat beri biasiswa kepada anaknya. Apa Exco dan YDP MAINPP ini buat? Bersubahat saja.

Advertisements

2 thoughts on “Skandal Rasuah Zakat Pulau Pinang

  1. Mungkin Di PP ,satu gulungan baru yg layak menerima zakat telah di masukan iaitu org Islam yg menyokong DAP.Cer tanya mufti PP yg mengharamkan GST tu,

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s