Exco PAS Perlu Dipecat Atau Berundur – Aktivis DAP


AIDCNews– 11/05/17 –Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali patut keluarkan tiga exco PAS atau mereka sendiri meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, kata aktivis DAP, Dr Abdul Aziz Bari.

Menurutnya, dalam model Westminster, yang menjadi struktur kepada sistem politik Malaysia, wakil rakyat harus keluar apabila badan tertinggi parti atau kepimpinan tertinggi membuat pendirian.

“Ketua eksekutif, sama ada perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri, boleh keluarkan anggota kabinet mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Aziz berkata demikian menjawab kenyataan Azmin semalam, yang mengatakan tiada rombakan dalam barisan kepimpinan negeri kerana pengundi pada pilihan raya lepas memilih PAS, serta DAP dan PKR untuk bersama membentuk kerajaan negeri.

Petang tadi Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan tahaluf siyasi antara PAS dan PKR terbatal.

Majlis itu menyerahkan persoalan sama ada 3 exco mereka perlu berundur dari kerajaan Selangor kepada Jawatankuasa Kerja Pusat PAS.

“Jadi, tiada cara lain exco PAS boleh kekal dalam pentadbiran Selangor selepas keputusan muktamar, yang secara sah merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam sesebuah parti politik,”katanya.

Aziz berkata dari sudut perundangan, keputusan Majlis Syura Ulama hari ini bersifat menasihat dan tidak mempunyai kesan perundangan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin menyeru semua parti pembangkang tumpu kepada pembentukan kerajaan persekutuan baharu tanpa PAS.

“Kita tahu ada dalam kalangan pemimpin PAS yang mahu bekerjasama dengan kita.

“Di pihak kami, kita cuma perlu teruskan mandat sedia ada. Apa yang penting ialah dapatkan mandat baharu dari rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

“Terpulang kepada parti politik untuk membuat keputusan bagaimana mencipta suatu pakatan pilihan raya atau gabungan.

“Siapa kita untuk menghalang mereka apabila ia adalah hak PAS memilih jalannya sendiri?”

“Tetapi saya perlu katakan saya nampak alasan yang PAS berikan untuk memutuskan tahaluf siyasi sebagai ‘tidak sah’. Ini adalah keputusan PAS,” katanya kepada FMT.

Aktivis DAP Gesa Azmin Adakan Pilihan Raya Awal Di Selangor

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s