Hubungan Kerjasama Politik PAS-PKR Sah Ditamatkan – Majlis Syura Ulama PAS

KUALA LUMPUR – Majlis Syura Ulama PAS hari ini sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara serta-merta.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata keputusan itu dibuat merujuk kepada tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara PAS dan PKR yang terjalin sejak pilihan raya umum ke-11.

Keputusan Majlis Syura PAS itu sememangnya dijangkakan selepas Muktamar PAS yang berlangsung baru-baru ini di Alor Setar, Kedah meluluskan usul sebulat suara supaya kerjasama politik antara kedua-dua parti itu ditamatkan berikutan PKR dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Nik Muhammad Zawawi berkata keputusan terkini itu belum dimaklumkan kepada kepimpinan PKR.

Bagaimanapun beliau berkata kerjasama PAS dan PKR yang menyaksikan kedua-dua parti itu bersama membentuk kerajaan negeri Selangor dengan DAP diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

“Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahat dan kepentingan Islam dan rakyat,” kata Nik Muhammad Zawawi kepada kepada media selepas mesyuarat Majlis Syura PAS di sini.

Antara yang hadir ke mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam itu adalah anggota Jawankuasa Kerja PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi.

Meskipun kerjasama politik PAS-PKR sudah tamat, Nik Muhammad Zawawi tidak menolak kemungkinan bahawa perkara itu masih boleh dibincangkan.

Menghuraikan alasan untuk menamatkan hubungan dengan PKR, beliau berkata “begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi antaranya adalah tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

“Melanggar adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat pelbagai tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS,” katanya.

Tambahnya, PKR juga mengkhianati hubungan politik dengan PAS, antaranya mengadakan kerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS pada pilihan raya kecil Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak, tahun lepas.– BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s