Sallehen: PAS Terus Dalam Kerajaan Selangor Hingga DUN Dibubar

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata keputusan Majlis Syura menamatkan kerjasama politik parti itu dengan PKR tidak memberi kesan kepada penyertaan PAS dalam kerajaan negeri pimpinan PKR yang ada sekarang.

Beliau berkata keputusan Majlis Syura membawa maksud selepas tamat tempoh kerajaan negeri Selangor sekarang, PAS tidak lagi akan bekerjasama secara politik dengan PKR.

“Kita berjalan seperti biasa tiada apa-apa. Jadi, PAS Selangor terima keputusan yang telah dibuat dan akan ikut sebagaimana keputusan yang telah diputus oleh Majlis Syura Ulama.

“Kerajaan Selangor akan terus diwakili oleh PAS dalam kerajaan sebab kerajaan ini dibina atas mandat rakyat pada pilihanraya yang lalu,” katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata keputusan Majlis Syura hari ini lebih menjurus kepada pendirian PAS bersabit PKR pada masa akan datang.

“Keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama adalah berkaitan dengan tidak akan adanya selepas daripada ini apa-apa perbincangan berkaitan dengan soal pilihan raya, soal penentuan kerusi bertanding dengan PKR, Pakatan Harapan dan lain,” katanya.

Dalam pada itu, pimpinan PKR akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini untuk membincangkan keputusan Majlis Syura PAS.

Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata apa jua kedudukan PAS berhubung “urusan pentadbiran negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.”

Beliau berkata keputusan muktamar PAS mahukan kerjasama politik dengan PKR ditamatkan diluluskan oleh Majlis Syura berlandaskan tindak tanduk PKR.

“Ini merujuk kepada begitu banyak perlanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam, maka hubungan politik tahaluf siyasi antara PAS dan PKR telah terbatal,” kata Nik Zawawi – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s