ADUN DAP Hilang Status Wakil Rakyat Kerana Miliki Dua Kerakyatan

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini melucutkan kelayakan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon sebagai adun Pujut pada persidangan DUN hari ini.

Speaker, Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar membuat keputusan itu, dipercayai kes pertama di Malaysia, selepas Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh membentangkan usul untuk melucutkan kelayakan Dr Ting.

Wong membuat usul itu atas dasar wakil rakyat DAP berkenaan mempunyai kerakyatan Australia yang dilepaskannya pada 4 April 2016, 3 minggu sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri.

Beliau juga berkata, Dr Ting sudah diisytiharkan muflis 2 kali di Australia di bawah Pihak Berkuasa Kewangan Sekuriti Australia pada 24 Jun 2012 dan 11 September 2012.

Wong berkata, Dr Ting sebagai warganegara Australia juga merupakan pengundi berdaftar di Australia.

Beliau berkata, semua itu melanggar Perkara 17(1)(G) Perlembagaan Negeri Sarawak.

Beliau berkata, atas pelanggaran ini, Dr Ting tidak layak menjadi adun dan patut dilucutkan kelayakan kerana beliau sudah memberi ikrar kesetiaan kepada negara lain.

Wong berkata, DAP dalam tergesa untuk mendapatkan calon bagi kerusi itu, gagal menyiasat latar belakang calonnya untuk mewakili parti dan harus menyesali tindakannya.

Usul itu mencetuskan pertikaman lidah antara Asfia dan Wong serta Pengerusi DAP Sarawak, Chong Cheng Jen dan Dr Ting.

Apabila perkara itu dikemukakan untuk pengundian, 70 adun menyokong, manakala 10 adun DAP dan PKR menentang usul itu.

Pelucutan itu akan menyaksikan pilihan raya kecil perlu diadakan di kerusi DUN di bawah Parlimen Miri itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Chong berkata, DAP akan mengkaji aspek hilang kelayakan itu untuk tindakan undang-undang dan menambah ia bukan perkara mudah untuk mencabar keputusan berkenaan.

Beliau berkata, DUN itu sepatutnya menghormati keputusan Mahkamah Pilihan Raya Miri yang membuat keputusan sebaliknya.

“Sebenarnya, keputusan seperti ini telah mentafsirkan Perlembagaan Negeri dan tugas ini sepatutnya dilakukan mahkamah.

“Ini adalah hari yang amat menyedihkan bagi kerajaan negeri dan negara. Ini adalah persendaan terhadap keadilan dan malah bukti yang kononnya dikemukakan adalah lemah dan tidak akan diterima mahkamah,” katanya.

Dr Ting menyifatkan keputusan itu sebagai tidak demokratik, terutama bagi pengundi Pujut, tetapi berkata, perkara tersebut tidak akan memburukkan reputasi DAP di kawasan berkenaan.

Pada pilihan raya negeri Mei tahun lepas, Dr Ting yang menjalani latihan sebagai doktor perubatan di Australia, meraih 8,899 undi untuk memenangi kerusi Pujut, menewaskan pencabarnya, calon Barisan Nasional Hii King Chiong yang mendapat 7,140 undi, calon PAS Jofri Jaraiee (513 undi) dan calon Bebas Fong Pau Teck (375 undi).

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui berkata, kini terpulang kepada speaker DUN untuk memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai kekosongan kerusi itu.

“Kemudian terpulang kepada SPR untuk membuat keputusan. Pada masa sama, DAP boleh membuat pilihan untuk mencabar keputusan itu di mahkamah. Mereka boleh memfailkan injunksi terhadap pilihan raya kecil,” katanya -BERNAMA

Advertisements

One thought on “ADUN DAP Hilang Status Wakil Rakyat Kerana Miliki Dua Kerakyatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s