Azmin Batal Hasrat Jumpa Presiden PAS

AIDCNews– 12/05/17 –Susulan Majlis Syura Ulama membuat keputusan membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membatalkan hasrat untuk berjumpa dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana yang dirancang sebelum ini.

“Tidak ada rancangan untuk adakan pertemuan dalam masa terdekat kerana saya difahamkan beliau sedang berehat atas masalah kesihatan sebelum menjalani pembedahan pada awal minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Masjid Perodua, di Rawang petang tadi.

Selasa lalu Azmin dikatakan bersedia menemui Abdul Hadi, atau mana-mana pemimpin PAS bagi membincangkan kemelut yang melanda dua parti itu di Selangor terutama dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata susulan keputusan Majlis Syura Ulama itu, PKR bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Jika tidak boleh dielakkan maka kita perlu hadapinya.

“Jika itu keputusan dibuat oleh PAS itu adalah pilihan PAS. Sebagai sebuah parti politik kita kena bersedia dengan apa sahaja kemungkinan,” katanya.

Advertisements

One thought on “Azmin Batal Hasrat Jumpa Presiden PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s