Azmin Kecewa Dengan PAS

AIDCNews– 12/05/17 –Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR yang disifatkannya sebagai membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan terhadap negara.

“Saya kecewa kerana keputusan untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR, (ia) adalah keputusan dan pilihan yang dibuat PAS sendiri.

“Dan ini sebenarnya satu keputusan yang membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan demi negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan SUK Shah Alam.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mengaku beliau telah melakukan pelbagai cara untuk mengekalkan hubungan politik PKR dan PAS khususnya di Selangor, namun ianya menemui kegagalan selepas Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan memutuskan hubungan politik tersebut.

“Walau bagaimanapun itu adalah pilihan yang dibuat oleh PAS dan bukan Keadilan.

“Saya secara peribadi dan mewakili parti (PKR) telah berusaha sekian lama untuk memastikan muafakat politik ini (kerjasama PAS-PKR) terus dipertahankan demi rakyat dan negara,”katanya.

Dalam pada itu Azmin turut mendedahkan telah mendengar penjelasan ketiga-tiga exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor dan akan membawa penjelasan itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya dah dengar penjelasan dari ketiga-tiga exco dan pesuruhjaya PAS, saya telah memberi pandangan saya dan kita akan teliti perkara ini.

“Saya akan membawa penjelasan mereka kepada presiden PKR yang kini dalam perjalanan pulang dari Amerika Syarikat untuk lihat apakah tindakan seterusnya,” ujarnya lagi.

Advertisements

4 thoughts on “Azmin Kecewa Dengan PAS

  1. Dah lama sangat PKR ‘menunggang’ PAS,elok lah PAS berelepas diri dari terus bersubahat dgn parti yg penuh dengan sandiwara yg di ketuai oleh anak beranak kaki sandiwara.PKR pun kenalah belajar berdikari,jangan hanya harapkan sokongan dan bantuan ahli PAS,ahli sendiri hidup segan mati tak mahu.Di doakan semoga PKR lenyap dari persada politik negara yg tercinta ini.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s