Lepas Jumpa Exco PAS, Azmin Kata ‘Sabar Ada Batasnya’

AIDCNews– 12/05/17 –Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat cuba bermain teka teki apabila mendakwa kesabaran yang dialami mempunyai batasan susulan tindakan Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Pada saya, saya sudah lakukan segala yang termampu namun, kesabaran ada batasannya,” katanya ketika ditanya adakah sukar beliau mentadbir kerajaan selepas keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu.

Sebelum itu, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mengakui beliau telah memanggil tiga Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Iskandar Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pesuruhjaya PAS negeri, Sallehin Mukhyi untuk mendapat penjelasan daripada mereka.

“Ini perkara-perkara yang dinyatakan kepada saya. Kita akan meneliti perkara ini sebelum (saya akan) mengambil tindakan yang sewajarnya,”katanya.

Walaupun Azmin dilihat keberatan untuk mendedahkan butiran dengan tiga exco PAS dan pesuruhjaya negerinya, namun Malaysiakini melalui sumber dalaman melaporkan butiran tersebut.

Dakwa Malaysiakini, pertemuan itu diadakan selama 60 minit di Shah Alam pagi tadi.

Azmin dikatakan turut meluahkan rasa kecewanya di hadapan empat pemimpin kanan PAS negeri itu.

Sumber juga berkata Azmin membangkitkan kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April lalu, yang melihat pelbagai aspek Mahkamah Syariah dan bukan hanya aspek hukuman seperti dicadangkan Hadi.

Ia termasuk isu keutuhan, kebebasan dan kecekapan kehakiman Mahkamah Syariah, sistem penjara, program latihan, infrastruktur lebih baik dan belanjawan yang bersesuaian.

“Dengan kenyataan 8 April itu, tuduhan Majlis Syura PAS bahawa PKR khianati tahalus siyasi tak boleh diterima oleh PKR,” kata sumber itu.

Advertisements

2 thoughts on “Lepas Jumpa Exco PAS, Azmin Kata ‘Sabar Ada Batasnya’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s