PAS Berani Putus Tahaluf Siyasi Dengan PKR, DAP Hanya Tikam Curi

AIDCNews– 12/05/17 –Walaupun Masjlis Syura Ulama PAS secara berani dan terbuka membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, namun DAP yang memiliki kerusi paling dominan dalam Kerajaan Negeri Selangor dilihat penakut dan hanya membuat kenyataan secara tikam curi sahaja.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dilihat hanya berani menulis di Facebook, berbentuk sindiran yang melambangkan kenyataan peribadi dan bukannya kesepakatan pendapat DAP negeri.

“Jika tiada hubungan politik, kenapa duduk dalam kerajaan campuran? Duduk dalam pembangkang dengan Umno lah,” tulisnya di Facebook.

Sedangkan, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim dalam kenyataannya semalam berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan kemahuan PAS untuk kekal dalam exco negeri.

Teng yang juga exco kanan kerajaan negeri merupakan tokoh politik DAP Selangor yang tidak sealiran dengan Pua.

Walaupun tokoh DAP Selangor dilihat berhati-hati dengan kesan keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu, namun bagi tokoh-tokoh DAP yang berada di luar Selangor, nada mereka lebih keras mendesak PAS berundur dari kerajaan negeri.

Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri berkata exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor patut meletak jawatan sejajar dengan keputusan majlis syura ulama PAS.

“Jika exco PAS ada maruah, mereka harus meletakkan jawatan kecuali yang berada dalam kerajaan Selangor memutuskan enggan patuh kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

“Atau, jika mereka pentingkan rakyat, mereka boleh keluar PAS dan menyertai salah satu parti Pakatan Harapan.

“Dengan cara itu, Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali boleh kekalkan mereka dalam kerajaan negeri,” katanya dihubungi Roketkini.

Datuk Arif yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Pahang itu turut berpandangan bahawa PKR tidak perlu ‘memujuk’ PAS negeri itu malah kerajaan PH Selangor akan terus bertahan tanpa PAS.

“Bilangan majoriti Azmin masih boleh bertahan, bentuk kerajaan tanpa PAS,” ujar beliau.

Kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor kata Datuk Ariff lagi hanya akan mewujudkan lebih banyak perbezaan yang akan membawa kepada perpecahan.

“Biarkan PAS dan UMNO bergabung. Kontradiksi (jika PAS kekal dalam kerajaan Selangor) dalaman akan membawa kepada perpecahan.

“Problem PAS sekarang ialah Haji Hadi,” katanya lagi.

Senator DAP, Dr Ariffin Omar ketika dihubungi berpendapat bahawa PKR Selangor akan cuba untuk mengekalkan ‘hubungan baik’ mereka dengan PAS dengan harapan parti itu akan berubah fikiran.

Namun, perkembangan kerjasama politik PAS dan UMNO pula menunjukkan PAS tidak lagi berminat untuk menjalinkan hubungan dengan Pakatan Harapan.

“Bila kita tengok situasi macam ni, sebenarnya PAS sudah tak ada lagi harapan untuk meninggalkan dasar-dasar dan pemikiran pro-UMNO mereka,” kata Dr Ariffin.

Advertisements

2 thoughts on “PAS Berani Putus Tahaluf Siyasi Dengan PKR, DAP Hanya Tikam Curi

  1. YB2 PAS tu bukan kau orang pileh. Rakyat yg PANGKAH. YB2 tu membalas RAKYAT dengan perkhidmatan sehingga habis tempoh. Salah ke?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s