Anwar Pertikai Keputusan Majlis Syura Ulama PAS

SHAH ALAM: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim keliru dengan tindakan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan hubungan dengan parti itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar mendakwa, alasan yang diberikan PAS untuk memutuskan hubungan terutama dalam hal berkaitan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 adalah tidak tepat.

“Namun, saya musykil kerana alasan yang diberikan tidak tepat, terutama dalam kaitan dengan RUU355.

“Ternyata pimpinan PAS tidak meneliti kenyataan saya dan presiden PKR yang menghormati hak Abdul Hadi dan mengusulkan supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan liwat berkata, beliau menghargai pemimpin-pemimpin PAS seperti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bekerjasama dengan PKR untuk menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

Anwar berkata, PKR telah melakukan segala-galanya untuk mengekalkan muafakat politik itu dan ia dilakukan untuk membawa perubahan kepada rakyat Malaysia.

“Saya mengulangi kenyataan presiden PKR bahawa parti tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik walaupun ada pihak yang mentohmah PKR dengan tohmahan yang tidak adil dan tidak wajar,” katanya.

Beliau berkata perkembangan politik terkini ini menjejaskan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR.

“Saya yakin Azmin terus menerajui negeri Selangor berdasarkan mandat penuh rakyat dan khidmat rakyat yang dicurahkan selama ini,” katanya.

Majlis Syura PAS pada Khamis memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik parti itu dengan PKR – AP

Advertisements

One thought on “Anwar Pertikai Keputusan Majlis Syura Ulama PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s