Dr Kamarul Zaman Tidak Gentar Dengan Laporan Polis Hannah Yeoh

AIDCNews– 15/05/17 –Dr Kamarul Zaman Yusoff tidak gentar dengan laporan polis yang dibuat oleh ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh terhadapnya hari ini berkaitan dengan penulisan satu artikel.

Beliau yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) turut mengesahkan artikel bertajuk “Hannah Yeoh contoh hipokrasi terbesar DAP” adalah tulisannya dan sedia bertanggungjawab terhadap penulisan tersebut.

“Saya mengesahkan tulisan itu adalah tulisan saya dan saya mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisan saya itu.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak, termasuk kepada polis, atau di mana saja, termasuk di mahkamah, sekiranya diperlukan.

“Saya akan mengemukakan bukti berkaitan dan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan mengenai agenda Kristianisasi beliau di dalam bidang politik,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam tulisannya yang tular minggu lepas, Dr Kamarul memetik buku tulisan Hannah Yeoh yang bertajuk ‘Becoming Hannah’ (Menjadi Hannah)yang menjadi bukti nyata pengakuan ADUN DAP itu terlibat dalam politik dengan bantuan pihak Kristian.

“Didalam buku ini, Hannah Yeoh secara terbuka mengakui bagaimana penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen, bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian dan sebagainya.

“Lebih dari itu, beliau juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian,” tulis Dr Kamarul.

Hannah Yeoh yang juga Speaker Dewan Negeri Selangor telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya mendakwa Dr Kamarul telah memfitnah beliau apabila menuduh dirinya menyebarkan ajaran Kristian, suatu tindakan yang bercanggah dengan prinsip sekularisme DAP.

“Jelas bahawa DAP sebenarnya mempunyai agenda Malaysia, dan bukanlah agenda Kristian.

“Negara sekular ialah sebuah negara yang mempunyai pemerintah yang mengiktiraf dan menghormati hak rakyat untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan daripada mana-mana pihak berkuasa.

“Komitmen DAP terhadap negara sekular adalah bertepatan dengan apa yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa kerakyatan Malaysia memang bersifat pelbagai kaum dan agama,” katanya dilaporkan Roketkini.

Advertisements

One thought on “Dr Kamarul Zaman Tidak Gentar Dengan Laporan Polis Hannah Yeoh

  1. Sebenarnya cara penampilan HY pun kita patut sudah kenal siapa dia .Bila dia bersama dgn umat Islam ,beliua akan memakai baju kurung dan bertudung ,malah ke masjid pun beliau hadhir dgn penuh ‘sopan santun’.Ini kan ke cara pendakwak Kristian menyusup masuk ‘dakwah’ mereka.Malangnya penyokong PAS pun boleh keliru satu ketika dulu,sekarang mungkin tidak lagi.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s