PKR Akan Putuskan Nasib Tiga Exco PAS Selangor Malam Esok

AIDCNews– 15/05/17 – Kedudukan tiga exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor akan diputuskan dalam mesyuarat biro politik PKR malam esok, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

“Presiden (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) kini berada di Sabah dan malam esok kita ada mesyuarat Biro Politik.

“Semalam Azmin juga telah maklumkan butiran pertemuan beliau dengan pesuruhjaya PAS serta tiga exco Selangor yang berlangsung pada hari Jumaat kepada saya sebagai setiausaha agung.

“Saya percaya perkara ini akan disampaikan (dalam mesyuarat Biro Politik),” kata Saifuddin dalam sidang media di ibu pejabat parti itu sebentar tadi.

Sementara itu, mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin bahawa parti itu bersikap terbuka dan sedia berbincang dengan mana-mana parti termasuk Umno untuk bekerjasama, Saifuddin menjelaskan ia hak PAS.

“PAS berhak untuk bertahaluf dengan sesiapa saja yang parti Islam itu mahu sama seperti mana mereka berhak memutuskan hubungan kerjasamanya dengan PKR,” kata Saifuddin.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata apa yang bakal berlaku antara PAS dengan Umno itu nanti bukti jelas pendirian parti Islam itu sekali gus memudahkan rakyat membuat pilihan.

“PAS bebas nak bertahaluf dengan siapa dan kalau kenyataan itu benar ia semakin menjelaskan sikap (PAS) dan itu sangat membantu rakyat Malaysia membuah pilihan,” tambahnya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s