PPBM Gesa Exco PAS Keluar Parti Jika Mahu Kekal Dalam Kerajaan Selangor

AIDCNews– 15/05/17 – Tiga Exco PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib perlu keluar parti jika mahu kekal dalam Kerajaan Negeri Selangor, kata Ahli Majlis Tertinggi PPBM A Kadir Jasin.

“Mereka tidak ada pilihan melainkan berpisah daripada PKR kerana itulah implikasi pembatalan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Tapi mereka hendak kekal juga sebagai rakan PKR dan duduk dalam Exco.

“Jadi caranya adalah dengan keluar PAS dan menjadi ADUN bebas,”katanya dalam blognya hari ini.

Selain menjadi calon bebas, A Kadir menyarankan dua langkah lain untuk menyelamatkan ketiga-tiga exco PAS itu iaitu menyertai mana-mana parti pembangkang yang sedia ada atau mengisytiharkan PAS Selangor bebas daripada keputusan PAS pusat.

“Atau lagi bagus kalau mereka menyertai mana-mana parti Pakatan Harapan dalam kerajaan Selangor. Mereka boleh sertai PKR atau mereka boleh ikut rakan-rakan mereka yang telah menyertai AMANAH.

“Satu lagi kemungkinan – walaupun kecil – ialah mereka mengisytiharkan PAS Selangor sebagai bebas daripada PAS pusat macam berlaku kepada Parti Kongres India yang ada Kongres pusat dan Kongres negeri.

“Azmin telah pun membuka jalan ke arah itu apabila beliau dilaporkan berkata PAS masih boleh kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri selaras dengan mandat yang dimenanginya pada PRU 2013,”katanya lagi.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM itu menegaskan jika tidak memilih salah satu daripada cara di atas, kedudukan ketiga Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor sukar dipertahankan kerana tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR telah terputus.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s