Biro Politik PKR Serah Kepada Azmin Tentukan Kedudukan 3 Exco PAS

AIDCNews– 16/05/17 –Mesyuarat Biro Politik PKR malam ini memutuskan bahawa kedudukan tiga Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor bakal ditentukan oleh pimpinan PKR bersama Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR tidak hadir dalam mesyuarat Biro Politik parti kerana dilaporkan berada di Brussels, Belgium kerana mempunyai urusan berkaitan Invest Selangor.

“Kedudukan PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada malam ini dan akan diputuskan pimpinan KEADILAN bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun untuk kes Kelantan, Wan Azizah berkata semua aktivis PKR yang memegang jawatan lantikan dalam Kerajaan Negeri Kelantan diarahkan meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta.

“KEADILAN juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik KEADILAN di dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.

“Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan,”katanya lagi.

KENYATAAN MEDIA

Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada malam ini telah membincangkan beberapa perkara berkait keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN. Berikut adalah keputusan-keputusan yang telah dicapai:

1. KEADILAN menerima keputusan PAS yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan KEADILAN, tetapi KEADILAN menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan. Ini walaupun KEADILAN telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti.

2. KEADILAN akan segera mengatur langkah berikut bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

3. KEADILAN juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik KEADILAN di dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta. Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

4. Kedudukan PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada malam ini dan akan diputuskan pimpinan KEADILAN bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
16 Mei 2017

Advertisements

One thought on “Biro Politik PKR Serah Kepada Azmin Tentukan Kedudukan 3 Exco PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s