DAP Digesa Jawab Tuduhan Amalkan Christian Zionism Di Malaysia

Putrajaya: DAP digesa menjawab pertuduhan bahawa parti politik tersebut terlibat aktif dalam gerakan “Dominionism dan Christian Zionism di Malaysia”.

Gesaan tersebut dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS (PPP). Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah PPP, Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki.

Menurut Dr Mohd Zuhdi ini adalah berdasarkan satu pendedahan yang dibuat oleh buku “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” tulisan penulis Ian Buchanan yang antara lain mendakwa DAP khasnya Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh terlibat dalam agenda Kristianisasi melalui satu tajuk kecil dalam buku tersebut yang bertajuk “Dominionism: Lesson from Penang”.

“Sebagai contohnya pada mukasurat 26 hingga mukasurat 34, di bawah tajuk kecil “Dominionism: Lesson from Penang”, penulis menyebut tentang kaitan kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP. Nama Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh turut disebut di bawah tajuk kecil ini.

“PPP melihat pendedahan buku ini yang memalitkan DAP khususnya dengan gerakan Dominionism adalah perkara yang lebih utama untuk mereka jawab.”

Sambil menyatakan sokongan kepada pendedahan yang dibuat oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkap Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), tentang hubungan DAP dan ajaran Kristian dalam konteks amalan berpolitik di negara ini.

Kata Dr Mohd Zuhdi lagi “sekiranya apa yang didakwanya benar, ia merupakan ancaman kepada kestabilan negara. Penulis menyebut pada mukasurat 7 bahawa Malaysia secara khususnya sangat mudah diserang dengan gerakan Dominionism dan Christian Zionism.” – menara.my

Advertisements

One thought on “DAP Digesa Jawab Tuduhan Amalkan Christian Zionism Di Malaysia

  1. Agak berat beban yg di tanggung PAS selama ini,bersubahat dgn peliwat,liberalisma,pluralisma malah berkerjasama dng pendakwah Kristian juga.Wlauabagaiman pun alhamdulillah,Allah telah menyelamatkan mereka sekarang,kerana telah berjaya memutuskan hubungan dan melemparkan beban tersebut jauh.Itu lah padahnya jika terlalu taksub berpolitik dan mengejar kuasa,terlanjur juga jadinya,saudara seuga juga di jadikan mangsa.

    Jadi sekarang bagi menebus kesilapan tersebut ,PAS kena ‘fight hard’ menghancurkan puak berkaitan,agar umat Melayu Islam terlepas dari tipu daya mereka.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s