Hannah Yeoh Perlu Berterus Terang Gerakan Kristianisasi Di Selangor – Huan

1. Saya merujuk kepada satu posting yang dilakukan oleh Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Kamarul Zaman Yusoff lima hari lalu dimana beliau telah memuat naik tulisan bertajuk “Hannah Yeoh contoh hipokrasi terbesar DAP” di Facebook. Dalam tulisan beliau, beliau mendakwa, ketika DAP melaung-laungkan prinsip sekularisme, Yeoh dalam biografinya Becoming Hannah (Menjadi Hannah) mengaku penglibatannya dalam politik dibantu oleh pihak Kristian.

2. Memandangkan Hannah Yeoh dalam buku beliau sendiri mengakui bahawa beliau dibantu oleh pihak kristian, ini membuktikan dengan sah bahawa terdapat kerjasama antara pihak gerakan Kristian di Malaysia dengan parti DAP. Lebih mengejutkan lagi, Hannah Yeoh sendiri mengakui bahawa :

“Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia demi untuk membetulkannya, muka surat 110,” Becoming Hannah

Adakah “Tuhan” yang dimaksudkan ini adalah Tuhan yang disembah oleh golongan Kristian iaitu Jesus Christ?

3. Selain itu, Hannah Yeoh wajar berterus – terang dengan rakyat Malaysia adakah lagi terdapat mana-mana pemimpin DAP yang dibantu oleh pihak kristian baik dari segi dana mahupun kempen, serta bagaimana mereka menggunakan kedudukan politik mereka untuk berdakwah mengenai agama Kristian seperti Joseph Lim Guan Eng, Teresa Kok dan lain – lain.

4. Hannah Yeoh juga wajar berterus – terang dengan rakyat Selangor berapakah jumlah dana yang telah beliau terima dari pihak gerakan Kristian dan adakah dana itu diisytiharkan dengan kerajaan Negeri Selangor mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hannah Yeoh wajar bersikap telus dalam hal dana untuk tujuan politik yang melibatkan kerajaan negeri dan Selangor.

5. Akhir sekali, Hannah Yeoh juga wajar berterus – terang tentang jumlah sumbangan yang telah diberi oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor kepada semua gereja Kristian di negeri Selangor dan Malaysia. Ini kerana, jika terdapat sumbangan yang diberi oleh kerajaan negeri kepada pihak gereja ini, adakah ianya kerana atas desakan Hannah Yeoh atau pun merupakan keputusan Menteri Besar Azmin Ali?

Terima Kasih

Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s