Guan Eng Sekat Peruntukan ADUN PKR Penanti, Denda Kepada Dr Norlela

AIDCNews– 17/05/17 –Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyekat peruntukan ADUN PKR Penanti, Dr Norlela Ariffin sebagai denda kegagalan beliau menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 29 April lalu.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zaidi Ahmad.

“Pada hari berkenaan telah berlangsung satu majlis rasmi yang amat penting bagi negeri Pulau Pinang iaitu Istiadat Mengangkat Sumpah Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Sudah tentu dalam majlis penting seumpama ini kehadiran anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri terutama Adun-adun adalah amat penting lebih-lebih lagi Adun dari kalangan parti pemerintah.

“Namun amat dikesalkan sekali beberapa orang Adun termasuk Adun Penanti telah tidak menghadirkan diri. Sebagai satu denda dan peringatan kepada Adun-adun ini kerajaan negeri telah membuat keputusan bahawa sebahagian dari peruntukan kepada kawasan mereka (geran RM50,000 untuk suku ketiga sahaja; geran RM300 ribu tidak terjejas) tidak disalurkan terus kepada mereka sebaliknya mereka perlu memohon melalui pejabat Ketua Menteri.

“Jadi peruntukan (sebahagian) bukan ditarik balik tetapi cuma perlu memohon melalui pejabat Ketua Menteri sebagai satu denda dan peringatan. Adun yang terlibat pula bukan YB Norlela seorang dan bukan dari parti PKR sahaja,” jelas Zaidi dalam satu kenyataan.

Semalam, Dr Norlela menulis di laman sosial Facebooknya melahirkan rasa bimbang apabila peruntukan untuk kawasannya telah ditahan atau ditarik balik sehingga September 2017 atas alasan gagal menghadiri majlis istiadat itu.

Dr Norlela berkata keputusan itu dimaklumkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Negeri pada 12 Mei lalu yang dipengerusikan Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

Katanya, beliau bukan sengaja untuk tidak hadir sebaliknya mengikut arahan pimpinan parti supaya Adun PKR negeri hadir pada Konvensyen PKR yang kebetulan berlangsung pada tarikh yang sama.

“Saya ikut arahan pimpinan untuk kekal di Konvensyen PKR Pulau Pinang dan hanya Exco, Timbalan Ketua Menteri 1 dan Presiden PKR yang pergi ke majlis rasmi berkenaan.

“Sebab pimpinan-pimpinan PKR seperti Naib Presiden, Nurul Izzah, Rafizi dan naib-naib presiden akan berucap selepas perasmian dan kami wakil rakyat biasa yang tak ada jawatan diminta kekal sebagai hos supaya masih ada Adun PKR Pulau Pinang yang berada di konvensyen berkenaan,” tulisnya.

Dalam tulisannya juga, Dr Norlela bimbang disebabkan tiada lagi peruntukan di kawasannya akan mengganggu semua perancangan yang dilakukan untuk program Ramadan dan sambutan Hari Raya kerana perlu simpan duit yang terhad untuk kecemasan sahaja.

“Saya tak ada peruntukan untuk memberi bantuan kecemasan kepada mangsa bencana seperti kebakaran, ribut dan banir sekiranya berlaku selepas ini malah saya juga tidak ada peruntukan untuk memberi wang ihsan atau pendahuluan sekiranya ada penduduk di kawasan saya mengalami kemalangan, sakit ataupun kematian.

“Disebabkan peruntukan ini ditahan, saya tidak dapat menyalurkan bantuan kecemasan kepada orang susah, tidak dapat memberi sumbangan untuk aktiviti yang diadakan di dalam kawasan selain membantu mereka yang ingin membuat majlis berbuka puasa, moreh dan lain-lain,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s