PKR Kelantan Sedia Letak Jawatan Akur Arahan Keadilan Pusat

AIDCNews– 17/05/17 –Semua pemimpin PKR di Kelantan yang dilantik secara politik bersetuju melepaskan jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, kata Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Abdul Aziz Kadir.

Beliau berkata mereka akan berbuat demikian sebaik sahaja menerima surat rasmi daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Situasi di Kelantan macam biasa , kita akur saja dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi.

“Ahli parti dan lantikan politik pun sudah menyatakan kesediaan kerana ini arahan pucuk pimpinan tertinggi, kita tak boleh lawan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Semalam mesyuarat biro politik PKR memutuskan semua lantikan politik PKR di Kelantan perlu letak jawatan serta merta.

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam berkata kedudukan tiga exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor akan diputuskan bersama Menteri Besar Azmin Ali sekembalinya beliau dari lawatan rasmi luar negara.

Difahamkan terdapat lebih 5,000 lantikan politik PAS di kerajaan negeri Selangor.

Aziz berkata setakat ini seramai 61 lantikan politik PKR berada di Kelantan iaitu termasuk tiga penyelia DUN, 39 ahli majlis, 14 ketua kampung dan 5 wakil dalam syarikat berkaitan kerajaan.

PKR di Kelantan mempunyai seorang Adun iaitu Roslan Puteh di Guchil.

“Saya tidak mengarahkan lagi peletakan jawatan kerana masih menunggu arahan rasmi daripada setiausaha.

“Tetapi ada beberapa ahli majlis yang sepatutnya angkat sumpah hari ini, mereka tak pergi,” katanya.

Menyentuh mengenai Adun Guchil, Aziz berkata tidak jelas arahan pelantikan jawatan termasuk wakil rakyat atau tidak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s