ADUN Evangelis DAP Mahu Mandulkan Institusi Islam Di Selangor

AIDCNews– 18/05/17 –ADUN-ADUN evangelis DAP sedang berkomplot untuk memandulkan (kembiri) institusi Islam di Selangor khususnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dedah Helen Ang.

Evangelis merujuk kepada aktivis Kristian yang berdakwah menyebarkan kandungan kitab Injil kepada pihak lain. Kebiasaannya kumpulan evangelis atau penginjil itu tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang teologi sepertimana paderi.

Helen Ang mendedahkan ramai di kalangan ADUN-ADUN DAP Selangor terdiri daripada evangelis yang tidak menukar nama kepada identiti Kristian, sebaliknya mengekalkan nama asal sama ada Cina atau India.

Misalnya, Adun DAP Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran, merupakan seorang evangelis yang juga bekas pembantu peribadi ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Dedah Helen Ang, pada 2014, Adun DAP Bukit Gasing pernah menggesa Menteri Besar Selangor, ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandulkan kuasa-kuasa eksekutif MAIS daripada memainkan peranan sebagai pelindung Islam di negeri itu.

“Dia (Adun DAP Bukit Gasing) menuntut agar Menteri Besar Selangor segera mengambil tindakan meminda undang-undang negeri untuk “mengembiri” (dalam bahasa Inggeris “neuter”, sila rujuk laporan FMT ) bidang kuasa MAIS,” dedah Helen Ang dalam artikel bertajuk “Adun evangelista DAP mahu MAIS “dikembiri””

Selain mensasarkan MAIS, Helen Ang mendedahkan ADUN-ADUN evangelis DAP itu juga berusaha untuk meminda Enakmen 1988 yang menjadi penghalang agama lain disebarkan kepada umat Islam di negeri itu.

“Sebelum ini, Rajiv bersama dua orang Adun evangelista DAP yang lain pernah mencadangkan supaya usul dibawa di Dewan berkaitan pindaan Enakmen 1988 – Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam).

“Dua orang YB yang disebutkan itu ialah Yeo Bee Yin, Adun DAP Damansara Utama, dan Lau Weng San, Adun DAP Kampung Tunku (PJ Utara),” dedahnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s