Dr Xavier Gesa PAS Contohi Kaedah PKR, Arah Letak Jawatan Dalam Kerajaan Negeri

SHAH ALAM: PAS seharusnya mengikut jejak PKR dengan mengarahkan semua wakil partinya di Selangor meletakkan jawatan, sebagaimana PKR yang mengarahkan wakil partinya meletakkan jawatan di Kelantan.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata, PAS perlu menghormati keputusan Majlis Syura Ulamanya yang telah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, dengan tidak lagi bekerjasama walaupun di Selangor.

“PAS ni kena tengoklah pendirian macam mana Keadilan (PKR) buat pendirian di Kelantan sebab kita ambil keputusan Majlis Syura ini dengan serius.

“Saya minta PAS ingat balik, buat keputusan yang bijak, ikut keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura dan apa yang telah kita lakukan di negeri Kelantan sebab kita hormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura sebab itu kita ambil pendirian begitu di Kelantan,” katanya kepada Antarapos.

Xavier menambah, PAS tidak seharusnya mengheret istana dalam isu membabitkan tiga Exco mereka di Selangor.

“Saya nak katakan, jangan masukkan nama Tuanku lah, apa yang kita bincang dan tentukan, janganlah masuk nama Tuanku.

“Lebih baik kalau istana tidak dimasukkan dalam isu ini walaupun saya hormati tentang istana dan sebagainya, tapi isu ini ialah isu politik,” katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini menegaskan tiga exconya di Selangor akan kekal meskipun PKR telah mengarahkan semua wakilnya di Kelantan untuk meletakkan jawatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia merujuk Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang mana lantikan setiap ahli majlis mesyuarat negeri adalah kerana mendapat perkenan daripada Sultan Selangor.

Takiyuddin juga berkata PAS ingin mengekalkan wakil parti PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s