PKR Keluar 2 Kenyataan Media Biro Politik Untuk Gugat PAS Selangor

AIDCNews– 18/05/17 –PKR didakwa menggunakan taktik kotor dengan mengeluarkan dua kenyataan media berbeza berkaitan keputusan Biro Politik parti pada Selasa bertujuan untuk menganggu-gugat keutuhan PAS Selangor.

Mohd Zubit Lebai berkata pada awalnya PKR mengeluarkan kenyataan ektrim yang merumuskan bahawa Biro Politik PKR bersetuju tiga Exco PAS dipecat daripada Kerajaan Negeri Selangor dan mengarahkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Azmin Ali bertindak selaras dengan keputusan tersebut.

Kemudian, PKR menafikan kenyataan media pertama itu dan disebar kenyataan media kedua yang lebih lembut tetapi mempunyai maksud tersirat yang hampir sama.

“Kenyataan Media yang pertama dikeluarkan untuk ‘test market’ penerimaan masyarakat tentang hasil mesyuarat Biropol. Kemudian disebarkan melalui whatsapp, mesegger, telegram dan media sosial yang lain oleh team cybertrooper PKR sendiri. Lebih dikenali dgn maksud ( SERANGAN SARAF ). Tujuanya untuk dapatkan input dan momentum serta melakukan ‘damage’ pada PAS.

“Kaedah ini memang biasa diguna pakai oleh PKR sejak dulu lagi.

“Kenyataan Media yang kedua pula dikeluarkan untuk ‘cover’ balik kenyataan media yang pertama dengan gaya bahasa yang lebih harmoni, lebih lembut, lebih nampak polos dan disenangi tetapi dalam maksud yang TERSIRAT.

“Hakikatnya kedua- dua “kenyataan media” tersebut mempunyai maksud yang sama cuma dizahirkan dalam bentuk tersurat dan tersirat,” dedah Mohd Zubit Lebai dalam Facebook.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s