PKR Bimbang PAS Guna Sumber Kerajaan Selangor Sabotaj PH

AIDCNews– 19/05/17 –Selepas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memutuskan tiga Exco parti itu kekal dalam Kerajaan Negeri Selangor sehingga PRU 14, ADUN-ADUN PKR dan DAP tidak selesa dengan keputusan itu, namun tidak berani untuk menyatakan secara terbuka.

Mereka meluahkan ketidakselesaan dengan keputusan PAS itu kepada Malaysiakini, namun mereka tidak mahu nama disiarkan.

Seorang ADUN PKR berkata mereka bersedia menerima keputusan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Azmin Ali jika mahu mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri, tetapi berharap agar PAS tidak lagi diberi kebebasan dalam pentadbiran negeri.

“Beliau melahirkan kebimbangan bahawa PAS akan menggunakan sumber kerajaan negeri bagi menentang Pakatan Harapan, yang merupakan satu bentuk sabotaj dalaman,”lapor Malaysiakini.

Seorang ADUN DAP mahu PAS ditendang keluar dari kerajaan negeri, namun jika ia dibuat secara tergesa-gesa dibimbangi akan memudaratkan Pakatan Harapan.

“Tidak perlu tergesa-gesa untuk Azmin menendang PAS keluar. Jika kita tergesa-gesa, Utusan Malaysia dan UMNO akan mengambil kesempatan daripadanya.

“Mereka sedang tunggu kita buat serangan pertama (menentang PAS), maka mereka akan tuduh DAP cuba untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor, dan kita mahu tubuhkan kerajaan China, atau kita anti-Islam,” katanya.

Namun begitu, ADUN berkenaan berkata mereka mahukan Azmin, yang dijangka pulang dari Belgium hari ini, memberikan taklimat kepada mereka bagi mendapatkan penjelasan mengenai beberapa perkara.

“Kami tidak boleh bersuara (sekarang). Yang terbaik adalah Azmin berjumpa kami dan menerangkan perkara ini,” kata seorang lagi ADUN DAP.

Advertisements

One thought on “PKR Bimbang PAS Guna Sumber Kerajaan Selangor Sabotaj PH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s