PKR Di Ambang Ketakutan : Anwar Arah Azmin Terus Bincang Dengan PAS


AIDCNews– 19/05/17 –Keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang memutuskan tiga Exco parti itu kekal dalam Kerajaan Negeri Selangor semalam telah menukar ‘mood’ politik yang menjurus bahawa PKR berada di ambang ketakutan bagi menghadapi PRU 14.

‘Mood’ ketakutan itu dapat dikesan apabila Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meneruskan perbincangan dengan PAS sebelum membuat keputusan muktamad mengenai nasib tiga Exco parti Islam itu dalam kerajaan negeri.

“Kita perlu berbincang dan saya telah meminta Azmin untuk meneliti perkara itu.

“Saya rasa perbincangan sedang diadakan petang ini,” kata Anwar kepada pemberita ketika menghadiri perbicaraan saman terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di mahkamah hari ini.

Awal minggu ini, Biro Politik PKR berusaha mewujudkan ‘mood’ ketakutan terhadap PAS apabila mengarahkan ahli-ahli parti yang memegang jawatan dalam kerajaan Kelantan pimpinan PAS supaya meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta.

Ia sebagai sindiran supaya PAS pusat mengambil langkah yang sama mengarahkan tiga Exco PAS meletakkan jawatan dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian berkata keputusan muktamad mengenai exco PAS di Selangor akan dibuat apabila Azmin pulang dari lawatan kerja ke Brussels.

Azmin dijadualkan pulang ke tanahair hari ini.

Advertisements

One thought on “PKR Di Ambang Ketakutan : Anwar Arah Azmin Terus Bincang Dengan PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s