PPBM Bakal ‘Karam’ Sebelum PRU14 – Kamarulazman

PORT DICKSON: Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarulazman Habibur Rahman membayangkan parti yang pernah dihuninya bakal ‘karam’ sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Dakwa Kamarulazman, terlalu banyak kelemahan dan kebocoran yang masih belum diperbaiki pemimpin parti tersebut, yang dilihat menjadi faktor penyebab sebelum ia berjaya memegang sebarang kerusi pada pilihan raya itu kelak.

“Saya berpendapat bahawa bahawa ‘kapal’ ini akan karam sebelum PRU14 nanti.

“Mungkin pada peringkat awalnya jika mereka menyedari dan mengakui hakikat bahawa ada sesuatu yang tak kena kepada bahtera parti ini dan mereka membuat sesuatu, tetapi nampaknya mereka tidak membuat apa-apa tindakan yang baik,” katanya.

Malah kata Kamarulazman, ekoran ketiadaan tindakan untuk memperbaiki keadaan oleh kepimpinan, berkemungkinan lebih ramai lagi ahli PPBM akan mengikut jejak langkahnya keluar parti dalam tempoh terdekat.

Beliau juga mengulangi bahawa terdapat lebih 800 ahli PPBM di Port Dickson yang bakal keluar parti itu tidak lama lagi, sekaligus menjadi bukti ketidakstabilan yang wujud dalam parti tersebut.

“Akan berlaku lagi beberapa tindakan-tindakan yang akan menyebabkan parti ini makin lama akan lemah dan perkara ini tidak akan dapat dielakkan kerana saya merasakan bahawa ada di kalangan kami yang agak keliru, gusar dan terganggu dengan perjalanan parti yang tidak seperti dijangkakan.

“Jadi saya merasakan bahawa akan ramai lagi ahli-ahli yang akan membuat keputusan yang sama untuk keluar dari parti ini.”

Kamarulazman pada bulan lalu mengumumkan untuk keluar PPBM selepas kecewa dengan amalan kronisme dan pilih kasih di dalam parti teraju Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Beliau juga mengumumkan perletakan kesemua jawatannya di dalam parti, termasuk sebagai ahli majlis pemimpin tertinggi PPBM dan Setiausaha Kerja PPBM pusat.

Dalam kenyataan ketika mengumumkan keluar parti, Kamarulazman turut menyelar sikap pemimpin PPBM yang bekerja untuk jawatan serta kedudukan, malah melayan kumpulan yang bekerja keras demi parti dengan’layanan kelas kedua’ – AP

Advertisements

One thought on “PPBM Bakal ‘Karam’ Sebelum PRU14 – Kamarulazman

  1. Sebenarnya tak ada apa yg boleh di banggakan berkaitan dgn PPBM,ianya hanya kepoh kerana orang tua nyanyuk yg rasa dia saja yg betul orang lain semuannya salah.Walhal bila dia buka business kedai roti pun terlungkup,Patut lah selama dia mengurus negara pemabaziran dan kegagalan di sana sini,tapi semuanya di tutup dengan menggunakan wang negara secara tidak telus.Rakyat Malaysia yg masih percaya dan menaruh harapan kepada org macam ini memang bodoh.Kecuali DAP yg sangat cerdik kerana mereka bukan percaya pada Orang Tua tu tapi hanya mahu menggunakan nya,seperti kata superman DAP’untuk’Melayu screw Melayu’.bagi menjatuhkan Melayu.

    Bila kedai roti dia rugi tahu pulak dia tutup business,takut terus rugi.Tapi kalau syarikat kepunyaan negara yg di mulakannya rugi dia tak mahu tutup dan terus menggunakan dana negara secara tidak telus ,tak jadi masalah menjahanamkan wang negara,kerrana bukan duit dia.Lihat saja pasal Proton dan Litar F1 sudah berbillion rugi tapi dia buat dek saja utk kepuasan dia ,anak beranak dan kroni.sehinggalah sekarang barulah langkah wajar telah di ambil oleh kerjaan di bawah pimpinannPM Najib.Sekarang timbul tanda tanya,kalau bapak pun tak tahu berniaga ,agak-agaknya anak anak dia boleh ke berniaga ,tanpa bantuan bapak dia yg sedang berkuasa ketika itu?Betul sangat lah kalau ada pihak yg mahu di siasat ,darimana datangnya kekayaan anak-anak dia.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s