Akar Umbi Bekas PKR Tubuh Parti Harapan Malaysia

AIDCNews– 20/05/17 –Akar umbi bekas PKR yang tidak berpuas hati dengan pengkhianatan parti itu terhadap PAS sehingga menyebabkan terputusnya tahaluf siyasi antara kedua parti itu telah menubuhkan parti baharu yang dinamakan Parti Harapan Malaysia (PHM).

Bekas Naib Ketua Cabang PKR Lembah Pantai, Johari Musa dalam sidang media hari ini berkata kira-kira 35 peratus daripada pemimpin dan ahli PKR yang sedia ada telah beberapa kali menyatakan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan semasa parti.

“Ramai pemimpin dan ahli PKR hanya menunggu untuk meninggalkan parti. Ramai yang tidak menjangkakan bahawa PKR akan mengkhianati rakan yang baik iaitu PAS

“Mereka telah menggesa supaya parti baharu ditubuhkan. Kami mahu parti bersih yang akan bekerja ke arah kebaikan negara.

“Kami adalah antara pemimpin terawal PKR ketika ia ditubuhkan pada tahun 1999. Kami amat kecewa dengan keadaan PKR hari ini, yang hanya memburukkan di bawah kepimpinan gila kuasa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, “katanya pada sidang akhbar hari ini.

Johari yang juga Timbalan Presiden penaja PHM berkata permohonan penubuhan parti baharu telah dibuat sejak 2015, namun masih belum diluluskan pendaftar pertubuhan (RoS) sehingga kini.

“Kami telah mengemukakan permohonan untuk membentuk parti pada 10 Dis 2015 selepas perbincangan panjang lebar dengan bekas ahli PKR.
“Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 6 Dis 2016 bersetuju dengan pro-tem PHM pro-tem..

“Bagaimanapun, kami agak kecewa kerana sehingga hari ini kita masih menunggu kelulusan. Kami berharap RoS akan meluluskan ini tidak lama lagi.”

Menurut Johari jika PHM diluluskan kelak, bermakna Pakatan Harapan tidak boleh menggunakan nama ‘Pakatan Harapan’ kerana nama kedua-dua parti itu hampir sama.

Sebelum ini, gabungan pembangkang, DAP, PKR, PAN dan PPBM telah mendaftarkan nama gabungan mereka sebagai Pakatan Harapan kepada RoS, namun sehingga ke hari ini kelulusan pendaftaran belum lagi diperolehi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s