PPBM Perak Desak Muhyiddin Letak Jawatan Presiden Parti

KETUA Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar (tengah) mengadakan sidang akhbar mendesak Muhyiddin Yassin meletak jawatan di Ipoh hari ini
IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan sebagai Presiden parti itu.

Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, desakan itu dibuat oleh sebahagian besar daripada 24 Bahagian PPBM di Perak setelah mendapati Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku dalam PPBM di peringkat kebangsaan dan Perak.


Menurutnya, ini kerana Muhyiddin tidak pernah ikhlas kepada Pengerusi parti, Tun Dr. Mahathir Mohamad, penyokong dan pendokong parti.


Katanya, Presiden PPBM itu sepanjang masa menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan di atas populariti Tun Mahathir bagi mencatur parti.


“PPBM Perak memberi tempoh seminggu kepada beliau supaya memberikan respon terhadap desakan kami ini.


“Jika masih tiada apa-apa respon daripada beliau, kami iaitu lebih daripada separuh ahli dan pemimpim PPBM Perak akan meletak jawatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Advertisements

2 thoughts on “PPBM Perak Desak Muhyiddin Letak Jawatan Presiden Parti

  1. Penyokong PPBM yang tidak setuju dengan Presiden dan keluar parti nanti eloklah buka satu lagi parti baru.

    Orang-orang melayu kita memang patut buka lebih banyak parti politik.

    DAP mungkin cukup bersetuju dengan cadangan yang bernas ini..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s