Kerajaan Pulau Pinang Tanpa Exco Melayu PRU 14 – Akhbar Cina

PULAU PINANG – Senario politik semasa mungkin menyebabkan DAP membentuk kerajaan di Pulau Pinang dengan berdepan kekurangan pentadbir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keturunan Melayu selepas pilihan raya umum akan datang.

Menurut Yi Ming, seorang penganalisis Kwong Wah Daily, walaupun DAP dijangka tidak berdepan masalah untuk terus memerintah Pulau Pinang, tetapi apa yang membimbangkan ialah kegagalan parti itu menarik sokongan pengundi Melayu.

Katanya, DAP Pulau Pinang berjaya membentuk kerajaan pelbagai kaum selepas Pilihan Raya Umum 2013 berikutan kecundangnya UMNO di lima daripada 15 kerusi Melayu.

Menurutnya, pertambahan pengundi bagaimanapun membimbangkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan sekutunya dalam PKR.

Keadaan itu, menurut Yi Ming, juga mencetuskan kebimbangan kemungkinan pembangkang terpaksa membentuk ‘kerajaan Cina-India’ di Pulau Pinang selepas pilihan raya umum akan datang.

Pada pilihan raya lalu, Dr. Afif Bahardin menang di Seberang Jaya atas tiket PKR dengan hanya majoriti 2,459 undi. Rakan separtinya, Dr. Norlela Ariffin pula menang dengan 2,339 di Penanti.

Di Batu Maung pula, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim juga daripada PKR menang dengan 3,390 undi.

Satu lagi kawasan Melayu yang dimenangi pembangkang ialah Permatang Pasir. Datuk Mohd. Salleh Man daripada Pas menunduk lawannya dengan kedudukan agak selesa iaitu majoriti 6,826 undi.

Sungai Bakap yang dimenangi dengan 1,805 undi oleh Maktar Shapee daripada PKR pula merupakan kawasan berisiko tinggi pada pilihan raya akan datang.

Selain itu, Mohd. Rashid Hasnon daripada PKR menang kerusi Pantai Jerejak, yang merupakan kawasan campuran, selepas mengalahkan calon Gerakan.

Yi Ming berpendapat, pertandingan tiga penjuru dengan kemunculan Pas sebagai kuasa ketiga dalam pilihan raya akan datang bakal mewujudkan risiko untuk pembangkang.

“Terputusnya hubungan kerjasama PKR dan Pas bermakna lima kerusi Melayu yang dimenangi pembangkang kini dalam keadaan bahaya.

Mungkin hanya tinggal kerusi Pantai Jerejak (kawasan campuran yang disandang Abdul Rashid merangkap timbalan ketua menteri) yang selamat.

“UMNO berkemungkinan menyapu bersih kesemua 15 kerusi Melayu di Pulau Pinang.

“Kerajaan Pulau Pinang akan dilanda krisis jika pembangkang juga kecundang di Pantai Jerejak,” kata Yi Ming.

Katanya lagi, Pulau Pinang akan berdepan masalah termasuk dalam soal menentukan Exco yang mentadbir hal-ehwal Islam jika pembangkang gagal memenangi sebarang kerusi Melayu di Pulau Pinang.

Menurutnya lagi, walaupun kerajaan Pulau Pinang kini menjadikan usaha mendapat sokongan Melayu sebagai keutamaan, tetapi ia tidak bermakna UMNO akan gagal menyapu bersih 15 kerusi Melayu.

“Pulau Pinang memberi peruntukan yang berkali ganda besar untuk hal ehwal Islam berbanding agama lain kerana mahu menarik sokongan pengundi Islam.

“Keadaan pembangkang yang berpecah bagaimanapun menyebabkan mereka sukar untuk menembus 10 kerusi yang dipegang UMNO pada masa ini,” katanya.

Menurutnya lagi, selain kerusi PKR yang berisiko kalah, satu-satunya kerusi Pas iaitu Permatang Pasir juga berdepan masalah apabila pengundi Cina enggan mengundi Pas pada pilihan raya akan datang – MG

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s