Memorandum Desak RoS Batalkan DAP -Dr Kamarul


AIDCNews– 22/05/17 –Setakat ini sudah lebih 100 ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, termasuk 18 Profesor dan 24 Profesor Madya telah bersetuju, di atas kapasiti peribadi mereka, untuk menjadi penandatangan kepada memorandum mendesak Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi surat tunjuk sebab dan seterusnya membatalkan DAP,kata Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.

“Sukacita dimaklumkan bahawa saya telah memulakan inisiatif untuk menyediakan satu memorandum bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi surat tunjuk sebab kepada DAP mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang memuaskan kepadanya.

“Asas utama yang kami gunakan di dalam memorandum ini adalah bahawa banyak daripada aktiviti-aktiviti atau hal-ehwal DAP yang berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambil kira mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia dan mengenai kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak,”katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, asas yang digunakan di dalam memorandum itu adalah selari dengan peruntukan Seksyen 2A (1) Akta Pertubuhan yang menyebut ‘tiap-tiap pertubuhan berdaftar dalam menjalankan aktiviti-aktivitinya dan dalam menjalankan hal-ehwalnya, memastikan bahawa aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal itu adalah mengikut, selaras mengikut dan mematuhi, peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan-Perlembagaan Negeri; Kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia, dengan agama-agama lain diamalkan secara aman dan harmoni atau kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak’.

“Seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana Perlembagaan Negeri, Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran pertubuhan itu selepas memberi pertubuhan itu suatu peluang untuk memberi representasi kepadanya.

“Satu lagi peruntukan yang akan kami gunakan adalah Seksyen 13 (1) (c) Akta Pertubuhan yang berbunyi: “Tertakluk kepada seksyen kecil (2), Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah seksyen 7 jika Pendaftar puas hati
(ii) bahawa pertubuhan itu mungkin digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud-maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman atau akhlak di dalam Persekutuan;
(iii) bahawa pertubuhan itu adalah berusaha hendak mencapai tujuan-tujuan lain daripada tujuan-tujuan yang ia didaftarkan,”katanya lagi.

Advertisements

One thought on “Memorandum Desak RoS Batalkan DAP -Dr Kamarul

  1. Sudah terlalu banyak gelagat,tindakan dan onar yang DAP lakukan terutamanya menyanggahi malah menentang apa jua yang bercirikan Islam dan berunsurkan Melayu dengan kemuncaknya Tragedi 13 Mei, 1969. Namun jangka hayatnya berpanjangan walaupun sepak terajangnya kerap kali sumbang dengan nada dan irama Malaysia. Cakap dan laungan suara hati kebanyakan pemimpin dan pendukung parti rasis itu tidak selari dengan syarat dan ikrar bagi kewujudan sesebuah pertubuhan politik di Malaysia.

    Banyak dan berlonggok suara, kecaman dan tindakan mereka yang mengguris luka hati Melayu, merendahkan kesucian Islam dan memperlekehkan kedauldwi standardatan perlembagaan negara. Namun yang menyedihkan, tindakan terhadap kebiadaban dan keceluparan mereka lambat diambil. Mungkin mereka ada kesaktian dalam melengah2kan apa jua tindak balas terhadap tindak tanduk dilakukan.Cakap dan tindakan mereka tidak serupa bikin. Malah, dalam banyak perkara yang mereka kecam dan kutuk ternyata mereka adalah jaguh dalam mengamalkannya seperti rasuah, kronisme,
    dwi standard, sikap rasis dan banyak lagi.

    Sewajarnya, parti DAP dibatalkan pendaftarannya lebih awal sejurus tragedi 13 Mei 1969 bagi mengekang penularan virus rasis yang menggilap rasa kebencian melampau bagi usaha2 membina perpaduan yang lebih harmoni. Ketiadaan parti politik seperti itu di bumi Malaysia akan lebih menyumbang ke arah pembinaan negara bangsa yang lebih jitu dan berwibawa.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s