Tun M, Muhyiddin Kenapa Tak Angkat Plakad Anwar Jadi PM Ke-7 ?

SHAH ALAM: Di sebalik sokongan penuh kepimpinan dan perwakilan PKR terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri ketujuh bagi PRU14, situasi berbeza pula bagi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Gelagat Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalan presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencuri tumpuan ramai apabila tidak turut serta mengangkat plakad ‘Anwar PM ke-7’.

Mahathir dilihat memegang telefon pintarnya dan merakam perwakilan yang mengangkat plakad, manakala Muhyiddin sekadar bertepuk tangan.

Mukhriz ketika ditemui selepas ucapan dasar presiden berkata, nama calon perdana menteri ke tujuh akan dibawa ke dalam perbincangan Pakatan Harapan pada sesi akan datang.

“Tak apalah, kita bincangkan ini di (mesyuarat) Pakatan Harapan sebelum kita buat sebarang keputusan.

“Tapi saya setuju sebaik-baiknya calon perdana menteri diumumkan sebelum PRU,” katanya di Kongres Nasional PKR, di sini Ahad, lapor Sinar Harian.

Mengulas mengenai tindakan Muhyiddin dan Mahathir, beliau berkata, kemungkinan kedua-dua tokoh berkenaan sibuk mengambil gambar.
“Saya rasa mereka sibuk mengambil gambar dan disebabkan itu tidak memegang sepanduk. Tempat saya duduk juga tidak disediakan plakad berkenaan,” katanya.

Sementara itu Mahathir ketika ditemui mengakui menyokong pembebasan Anwar yang kini dikenakan hukuman penjara.
“Bukan saya yang menyebabkan beliau dipenjara, itu cerita lama,” katanya – Mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s