Hamidah Akui Wujud Kemelut Dalaman PPBM

AIDCNews– 23/05/17 – Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman mengakui wujudnya kemelut dan pergolakan dalaman yang menjadi punca Exco Srikandinya, Zulaiha Sidek mengambil keputusan meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini.

“Saya pun tidak tahu hendak cakap apa. Saya rasa kalau sudah semua orang cakap maknanya benda itu wujud. Dan seharusnya pucuk pimpinan PPBM tidak bolehlah mengambil sikap berdiam diri lagi. Kena kaji selidik apa sebenar permasalahan dan cuba tangani secara bijaksana dan secara efektif.

“Saya rasa perkara ini, ketidakselesaan ini memang wujudlah tetapi sejauh mana PPBM dapat menanganinya?

“Sebab kalau perkara ini terus dibiarkan, siapa sahaja keluar, kita kata mereka itu orang yang kecewa, orang Umno, pengkhianat, saya rasa masalah ini takkan selesai,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Hari ini, Zulaiha Sidek melepaskan semua jawatan dalam parti itu kerana hilang kepercayaan dan “muak” dengan pergolakan dalaman di Perak.

“Saya selaku exco Srikandi PPBM dan juga ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Batu Gajah menyatakan hasrat melepaskan kedua-dua jawatan yang disandang kepada ketua perhubungan negeri PPBM Perak, ketua bahagian dan juga ketua Srikandi Malaysia PPBM sejak 20 Mei 2017 lagi.

“Hari ini, dengan rasminya mengumumkan peletakan jawatan tersebut sebagai tanda muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti.
“Tindakan ini juga sebagai menyatakan prinsip saya yang tidak gilakan jawatan, tetapi lebih mementingkan kebersatuan dan kestabilan sesebuah parti itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Zulaiha berkata, pihaknya kesal dengan perpecahan dan keretakan hubungan sesama ahli dalam parti itu di peringkat negeri.

“Tidak sepatutnya berlaku keretakan, perpecahan dan berpuak-puak di dalam PPBM kerana ianya tidak mencerminkan moto parti ini iaitu bersatu, bermaruah, beramanah.”

Katanya, beliau mengharapkan Naib Presiden PPBM, Hamidah Osman boleh memainkan peranan penting menyelesaikan kepincangan dalam kepimpinan di Perak.

“Kerana Hamidah sahajalah yang dilihat layak menyelesaikan kemelut yang berlaku sebagaimana berjaya dan bersatunya PPBM Perak yang sebelum ini di mana PPBM sentiasa digeruni dan dihormati di bawah kepimpinan asal beliau.

“Di manakah hilangnya beliau semasa konflik sebegini terjadi? Di manakah suara beliau? Adakah beliau turut disejukbekukan daripada memainkan peranan di dalam perkara ini?” soalnya.

Turut mengumumkan peletakan jawatan ialah Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md. Norani.

Perletakan jawatan Zulaika dan Aflatuniah susulan desakan Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Presiden PPBM pada Sabtu lalu.

“PPBM Perak memberi tempoh seminggu kepada beliau supaya memberikan respon terhadap desakan kami ini.

“Jika masih tiada apa-apa respon daripada beliau, kami iaitu lebih daripada separuh ahli dan pemimpim PPBM Perak akan meletak jawatan,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s