Pakatan 3 Kroni Anak Beranak

Malayan News – Pemimpin Pakatan Harapan sering menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai parti kronisme dan mengamalkan budaya nepotisme, sedangkan realitinya membuktikan pembangkang itu adalah pengamal kuat ajaran nepotisme bagi mengekalkan pengaruh mereka dalam parti masing-masing.

Perkara itu jelas apabila parti PKR juga menurunkan “keluarga Anwar Ibrahim” untuk bertanding apabila bukan setakat Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dan Nurul Izzah Anwar berpolitik, malah PKR juga dijangka akan turut mencalonkan seorang lagi anggota keluarganya, Nurul Nuha Anwar untuk turut sama bergelumang dalam kancah politik mereka.

Tindakan itu amat jelas menunjukkan Anwar mahu mengekalkan legasi keluarganya dalam parti bagi memastikan pengaruhnya tidak terkubur. Jangan terkejut jika suatu hari nanti, cucunya juga akan bertanding dalam pilihan raya.Tidak cukup dengan PKR, DAP juga dijangka akan terus mendominasi politik DAP dengan keluarga Lim Kit Siang iaitu anaknya Lim Guan Eng akan terus berpolitik dalam persada politik negara.

Di samping itu, Dalam parti PPBM, Dr. Mahathir pula meletakkan anaknya Mukhriz sebagai generasi penyambungan karier politiknya.

Jelas sudah di mata rakyat Pakatan Harapan dan sekutunya adalah terdiri daripada parti-parti keluarga dan pemimpin mereka akan memastikan dinasti mereka dalam parti akan tetap subur tanpa ada perasaan bersalah terhadap ahli dan anggota parti yang bertungkus lumus untuk perjuangan dan matlamat parti.

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tidak mampu dilaksanakan dan dibuat, apakah kita boleh percaya Pakatan Pembangkang akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal? Semua contoh di atas jelas membuktikan Pakatan Harapan adalah memang sebuah parti yang berteraskan parti anak beranak dan bukannya rakyat!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s