Banduan Pertama Dinobat Jadi PM

Malayan News – Kongres PKR di hujung minggu sepatutnya menunjukkan bahawa PKR dan rakan-rakan sepakatan bersedia untuk membentuk satu gerombolan yang bersedia untuk membentuk kerajaan baru. Perkara ini adalah dijangkakan memandangkan kongres berkenaan adalah dijangkakan kongress terakhir sebelum PRU ke-14. Namun, PKR berkenaan berakhir tanpa sebarang perkara penting yang diumumkan.

Pengumuman bahawa satu parti serpihan PKR dibentuk bernama ‘Parti Harapan Malaysia’ adalah lebih menarik, memandangkan sekiranya pendaftaran berkenaan diterima, Pakatan berkemungkinan tidak boleh menggunakan nama ‘Harapan’.

Tapi terdapat satu stunt yang dilakukan pada akhir kongres yang mungkin sedikit menarik iaitu pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan semuanya bersatu memegang kad yang bertajuk “Anwar PM Ke7”. Mesej ini bertujuan menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Pakatan Harapan bersatu hati untuk memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-tujuh apabila berjaya memenangi PRU ke-14.

Malangnya mesej ini memang salah. Terdapat tiga fakta yang membuatkan mesej ini hanya merupakan iklan tanpa sebarang mesej:

1. Wan Azizah atau Pemimpin Pakatan Harapan lain akan menjadi PM Ke-7. Jika Anwar berjaya menjadi PM, beliau akan menjadi PM ke-8 atau ke-9 atau seterusnya.
2. Pakatan Harapan tidak sepakat untuk memilih Anwar sebagai PM.
3. BN akan memenangi PRU Ke-14.

Perkara pertama yang perlu difahamkan bahawa sekiranya Pakatan Harapan menang dan memilih Wan Azizah menjadi PM, beliau akan menjadi PM ke-7 Malaysia. Perlu diingatkan bahawa, PM Malaysia setakat ini adalah Abdul Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn, Mahathir Mohamed, Abdullah Badawi dan Najib Razak, iaitu seramai enam orang. Jika Anwar Ibrahim berjaya dilepaskan daripada penjara dengan menggunakan pelbagai mekanisme merepek untuk membolehkan beliau memerintah Malaysia, Anwar akan menjadi PM ke-8.

Wan Azizah adalah ‘proxy’ atau ‘boneka’ atau ‘seat warmer’ atau ‘orang-orangan’? Masih tidak berguna kerana bila direkodkan, Wan Azizah akan menjadi PM ke-7. Sekurang-kurangnya, Wan Azizah bolehlah diberikan gelaran ‘Ibu Boneka’ atau ‘Seat Warming Mama’ bagi mengenangkan jasa beliau kepada Malaysia. Bagi Anwar pula, beliau tidak perlu risau dengan gelaran PM Ke-7. Apapun, jika beliau menjadi PM, Anwar akan menjadi banduan pertama yang menjadi PM Malaysia, iaitu satu pencapaian yang mengagumkan.

Fakta kedua adalah Wan Azizah bukanlah pemimpin yang baik untuk Pakatan Harapan dan Malaysia seluruhnya. Hakikatnya Wan Azizah, seperti yang dinyatakan, lebih selesa menjadi pemimpin boneka. Jadi sementara menunggu proses pembebasan Anwar, adakah Wan Azizah ingin menjahanamkan ekonomi Malaysia yang bernilai RM 1.3 trillion dan dijangkakan akan meleibihi RM 2.0 trillion menjelang tahun 2025?

Hakikat ini mungkin disedari oleh beberapa Pemimpin Harapan lain. Sebab itu, acara mengiklankan Anwar Ibrahim sebagai PM Ke-7 sepatutnya disertai oleh semua termasuk Mahathir, Muhyiddin dan Ahmad Sabu. Namun, ketiga-tiga mereka yang jelas berada di meja tengah tidak memegang kad-kad tersebut. Mungkin Mahathir sakit tangan dan tidak mampu memegang kad. Sebab itu beliau hanya memegang telefon yang nyata lebih berat daripada kertas. Ataupun ketiga-tiga mereka tidak dibekalkan kad kerana tidak mencukupi.

Ataupun Pakatan Harapan sebenarnya tidak sepakat memilih PM. Ini adalah berbeza berbanding Barisan Nasional yang jelas mempunyai ketua sebenar dan bukannya pemimpin boneka.

Perkara terakhir yang perlu difahami adalah hakikat Anwar Ibrahim menjadi PM Ke-8 (bukan ke-7) dan banduan pertama menjadi PM tidak akan menjadi kenyataan memandangkan Pakatan Harapan yang tidak sepakat akan bertanding menghadapi BN, iaitu satu gabungan yang jauh lebih kukuh.

Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Mat Sabu dan sudah tentunya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang tidak mabuk atau berkhayal sedar bahawa untuk Pakatan Harapan memerintah, Pakatan perlu memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi parlimen bagi majoriti mudah atau 125 bagi majoriti selamat.

Berdasarkan kiraan berkenaan, Pakatan perlu mendapat majoriti daripada lima negeri besar iaitu Selangor, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak. PPBM mungkin berpeluang sedikit di Johor manakala PKR di Selangor. Perak, Sabah dan Sarawak? Tidak mungkin. Azmin menyedari hakikat ini dan cuba menjadikan Perak sebagai negeri angkat PKR tetapi tanpa PAS, ianya akan tinggal mimpi.

Sebaliknya BN akan mengekalkan kuasa pada PRU ke-14

Kongres PKR berakhir dengan acara mempromosikan Anwar sebagai PM ke-7 secara beramai-ramai. Namun, ianya hanyalah satu acara yang tidak bermakna dan kosong semata-mata.

Advertisements

2 thoughts on “Banduan Pertama Dinobat Jadi PM

  1. Apakah perancaangan yg sama seperti di terangkan oleh Karpal Singh itu akan di laksanakan sekarang?.Tentu perancangan tersebut lebih mudah utk di laksankan kalau yg di lantik jadi PM oleh PH nanti ialah Mahahtir ,kerana Mahahtir lebih banyak kesalahannya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s