DAP Tawan Putrajaya : Melayu/Bumiputera Kekal Dalam Perlembagaan Tanpa Praktik

AIDCNews– 25/05/17 –Jika slogan ‘Malaysian Malaysia’ yang dicanang Lee Kuan Yew berjaya dipraktik di Malaysia, kedudukan hak keistimewaan Melayu/Bumiputera masih termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun ia tidak semestinya akan dilaksanakan kata Johnson Khoo Chong Sheng.

Johnson Khoo membuat kenyataan itu sebagai perbandingan dengan apa yang telah dilakukan Kuan Yew sepanjang pemerinatahannya di Republik Singapura.

“Saya pernah membaca dalam salah satu buku bahawa Singapura masih mengiktiraf kedudukan hak keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi Singapura dan kedudukan yang masih dilindungi di bawah Perkara 152 Perlembagaan Singapura.

“Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna bahawa orang Melayu akan menikmati faedah ekonomi khas sebagai suatu hak sebagai perlindungan dan pengiktirafan itu hanya terpakai terhadap penduduk asli di Singapura.

“Manfaat ekonomi khas dan keistimewaan hanya diberi kepada semua rakyat Singapura sebagai satu keperluan dan bukan untuk kaum atau etnik,”kata Johnson Khoo dalam artikel bertajuk “12 Ways Malaysia Might Be Different Today If Lee Kuan Yew Had Been Our Prime Minister

Kenyataan Johnson Khoo itu hampir sama dengan rumusan Dr Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya bertajuk “Dilema Singapura: Peminggiran Politik dan Pelajaran Masyarakat Melayu yang menyatakan undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan sahaja tidak mencukupi jika tidak dilaksanakan.

Ini kerana dalam Perlembagaan Singapura jelas termaktub hak istimewa kepada orang Melayu dalam Seksyen 152, namun polisi kerajaan yang memerintah lebih penting berbanding dengan undang-undang yang termaktub.

Seksyen 152, Perlembagaan Singapura berbunyi :

“Dasar Kerajaan Singapura hendaklah diberikan pertimbangan dan kepentingan pada setiap masa dalam mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu sebagai penduduk peribumi pulau itu dan juga bangsa yang sangat memerlukan bantuan, dan oleh yang demikian menjadi tanggungjawab Kerajaan Singapura untuk melindungi, menyokong, memelihara dan menggalakkan kepentingan politik, pelajaran, agama, ekonomi, sosial dan budaya mereka serta penggunaan bahasa Melayu”

Undang-undang yang termaktub seperti di atas masih wujud dalam Perlembagaan Singapura. Ia tidak perlu dimansuh atau dibatalkan, namun tiadanya usaha dan galakan kerajaan untuk melaksanakan, undang-undang itu hanya kekal di atas kertas sahaja.

Selanjutnya, sila baca “Dr Lily Zubaidah : Undang-Undang Termaktub Dalam Perlembagaan Sahaja Tidak Mencukupi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s