Muslihat Licik Kit Siang Nobat Banduan Sebagai PM Ke-7

AIDCNews– 25/05/17 –Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat mempunyai muslihat licik menobatkan seorang individu berstatus banduan, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

Jejari Tengah melihat kelicikan Kit Siang itu seumpama meniru stail Lee Kuan Yew mencanang nama Yusof Ishak sebagai Presiden Singapura ketika Temasik mahu ditukar sebagai sebuah Republik selepas disingkirkan dari Malaysia.

“Lee Kuan Yew memilih Yusof Ishak jadi Presiden Singapura. MELAYU HANCUR DI SINGAPURA. Lim Kit Siang memilih Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia. MELAYU JADI APA SEKARANG?,” soalnya dalam Facebook.

Namun, nama Yusuf Ishak menurut Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan tidak lagi diingati rakyat republik itu dalam era generasi mutakhir ini.

Menurut Dr Lily, ketika Singapura berusaha untuk bergabung dengan Malaya sekitar tahun 1963, kerajaan PAP pimpinan Lee Kuan Yew mempotretkan Singapura sebagai beridentiti Melayu dengan melantik Yusof Ishak sebagai Yang di-Pertuan Negara menggantikan Sir William Allmond Codrington Goode, Gabenor Singapura.

Dr Lily membuat kenyataan itu dalam bukunya bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.

Pada 9 Ogos 1965, Singapura membentuk negaranya sendiri yang dinamakan Republik Singapura, dengan Yusof bin Ishak dilantik sebagai Presiden dan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri pertama.

Yusof Ishak hanya bertahan menjadi Presiden Melayu pertama Singapura selama lima tahun, dari 9 Ogos 1965 hingga saat beliau meninggal dunia pada 23 November 1970.

Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.

Manakala Setiausaha Agung PAP, Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang.

Kelicikan Kuan Yew Berpolitik, Melayu Di Singapura Hanya Tinggal Nama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s