PAN Akui Disisihkan PKR Di Selangor

Bnbbc – PAN menganggap partinya disisihkan di Selangor.

Menurut Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Mohd Tahir, ini kerana banyak pihak menganggap PAN sebuah parti yang kecil memandangkan hanya mempunyai dua kerusi sahaja di Selangor.

Berikutan itu, PKR sekaligus lebih mementingkan PAS daripada kewujudan PAN dalam pentadbiran di negeri itu.

“Mungkin orang politik di Selangor anggap kami cuma punya dua kerusi saja, barangkali tidak besar dua kerusi itu. Kami seperti ‘backbencher’ saja, kami akur dengan kedudukan kami yang cuma dua kerusi. Tentulah kami tidak dikatakan dapat berikan impak yang terlalu besar.

“Yang ditakuti ialah 13 kerusi yang dipegang PAS kini,” katanya dilapor media.

Dua kerusi DUN yang dipegang PAN kini ialah Hulu Kelang dan Morib, yang dimenangi atas tiket PAS pada PRU13 lalu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan PKR yang mengekalkan tiga Exco PAS dalam pentadbiran Selangor.

Meskipun berat hati, Anuar berkata pihaknya faham yang keputusan itu diambil apabila parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu dalam keadaan ‘tersepit’.

“Kita terpaksa menerima dan menelannya dengan pahit. Untuk saya berpura-pura mengatakan saya seronok dengan keadaan ini, tidak.. itu namanya munafik, hipokrasi.

“Jujurnya (kesalahan) patut diletakkan kepada PAS yang sepatutnya kalau ia ada maruah, kalau sudah kata putus maka putuslah. Ia boleh berada dalam kerajaan tapi jangan ada dalam pemerintahan. Kalau dah setuju putus siap dengan dalil, nas, sunnah untuk memutuskan hubungan itu.

“Bimbang orang kata agama itu seperti barang yang diperdagangkan saja. Sepatutnya mereka selesaikan dengan berundur, orang akan hormat mereka,” katanya lagi.

PKR malam tadi membayangkan tiga Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor akan dikekalkan, meskipun tahaluf siyasi dua parti berkenaan telah terbatal dua minggu lalu.

Mesyuarat Biro Politik PKR dikatakan menerima penjelasan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa PAS masih komited dengan agenda kerajaan negeri.

Presiden PKR dalam satu kenyataan berkata pihak parti bersetuju dengan pendekatan Azmin berhubung kedudukan tiga Exco PAS itu.

Bagaimanapun kata Anuar, PAN tidak akan membantah keputusan PKR kerana tindakan tersebut hanya akan ‘mengeruhkan’ keadaan dalam PH.

“Tetapi melawan dan membawa perpecahan di kalangan kami (Pakatan Harapan) pun saya rasa sesuatu yang tidak diperlukan. Kita tunggu dan lihat. Politik itu dinamik.

“Hari ini dikatakan kekal begitu, tapi esok lusa kita tak tahu lagi. Untuk kita kondem, saya rasa tidak wajar, kita menerima ini keputusan teraju yang memerintah Selangor itu ialah PKR, kita terima keputusan dengan berat hati, kita tak berhasrat untuk menentangnya dan kita harap dinamika politik akan berlaku lagi,” ujarnya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s