Usaha Kit Siang ‘Letupkan Malaysia’ Makin Jadi Kenyataan ?

Rozmi Mokhtar – Lim Kit Siang sungguh istiqomah dan determined untuk menawan Malaysia. Buku Time Bombs in Malaysia harus dibaca secara tersirat. Sejak tahun tahun 70an lagi DAP menerapkan kepercayaan bahawa semua yang kerajaan buat tak betul, korup dan tak cekap. Dalam erti kata lain bahawa kerajaan pimpinan Melayu ini bodoh!

Sampai hari ini DAP masih menanam kepercayaan itu sampaikan anak anak Melayu pun dah tak sanjung pemimpin pemimpin Melayu!

SAYA selalu ingatkan orang kita dalam tulisan tulisan saya bahawa orang Melayu perlu jaga-jaga dengan DAP. Mereka penuh dengan muslihat. Mereka licik.

Gerak-geri mereka kini bukan macam dulu semasa tiada kuasa. Mereka kini cukup strategik.

Penasihat mereka hebat-hebat. Bukan dari dalam negara saja, dari luar pun ada. Mereka cukup determined untuk perintah Malaysia. Negara lain yang baik dengan parti itu pun mahu melihat regime change ini berlaku.

Semasa orang-orang kita bersengketa sesama sendiri, DAP bergerak ke sana ke mari.

Sehinggakan ke Mesir pun mereka pergi membawa ideologi “sama-rata” dan mempersoalkan mengapa terlalu ramai pelajar Melayu belajar perubatan di sana. Mengapakah tiada bangsa lain? Mengapa DAP tiba-tiba beria-ia mahu ke Mesir? Jika tak percaya apa yang dipersoalkan oleh DAP itu cuba tanya dengan kedutaan kita di Kaherah?

Dengan konfiden mereka ke Kelantan pula memberi bantuan perumahan kepada mangsa banjir dan menerima masuk Sasterawan Negara yang keliru, Pak Samad Said, ke dalam DAP. Ini berlaku semasa kononnya pakatan sudah mati!

Siapa kata pakatan pembangkang sedang berpecah. Yang berpecah ialah orang Melayu. Itulah pun yang DAP mahu lihat.
PAN terhasil dari pecahan Pas dibentuk bagi memecahbelahkan orang Melayu. Tajaan dari siapa agaknya PAN ini?

Hakikatnya dalam politik Malaysia ini hanya ada dua parti Melayu sahaja, iaitu UMNO dan Pas.

Jika tidak boleh pecahkan UMNO, mereka pecahkan Pas.

Yang pasti DAP cukup marah kerana geng-geng mereka kalah habis dalam Pas. Mat Sabu gagal menjalankan misinya.
Yang bersungguh-sungguh sangat mengisytiharkan pakatan pembangkang sudah pecah adalah Kit Siang, anaknya Guan Eng, sekongkolan mereka Mat Sabu dan kenyataan terbaharu Wan Azizah.

Terus terang saya katakan, saya cuak dengan mereka semua.

Mereka sedang membuat satu strategi perang yang cukup mengelirukan.

Tentera semut sedang bekerja

Seperti projek Tanjung bagi menawan Pulau Pinang dulu, setiap kali semasa pilihan raya Kit Siang dengan muka selamba akan terus menerus berkata kepada para pengundi “kami susah mahu menumbangkan BN.” Akhirnya taktik songsangnya berjaya.
DAP penuh dengan muslihat. Anwar Ibrahim yang sedang merengkuk dalam penjara pun bukan asyik tidur sahaja. Dia juga sedang merancang strategi. Dia sedang bekerja!

Cuma waktu ini dengan kemunculan Mahathir dan pengkhianatan Azmin Ali saya yakin keadaan Anwar sedikit berbeza. Didalam penjara Anwar kini seperti kena buasir tahap 5.

Operasi perang saraf “reverse-psychology” mereka cukup halus. Mereka cukup terancang. Sasaran mereka adalah PRU-14. Malaysia mesti ditawan.

Semasa UMNO, BN, kerajaan dan pucuk pimpinan sedang bersilat dan ditolak ke dinding dengan isu 1MDB, mereka sedang mengatur langkah. Isu ke mana perginya wang berbilion-bilion dalam Selangor Inc. dilupakan sama sekali.

Rafizi, Tony Pua diberi peranan mengharuhurakan keadaan melalui isu 1MDB. Dalam masa yang sama, tentera semut mereka pun sedang membuat kerja operatif secara senyap.

Oleh itu, orang UMNO yang percaya sangat pakatan pembangkang sudah mati jangan seronok sangat ya.

Semut-semut itu dan jeneral-jeneralnya bekerja 24 jam termasuk dari dalam penjara!…..

Kini DAP dapat bonus besar apabila hasil serangan Tun Mahathir keatas IMDB tertubuhlah parti cap bunga yang terhasil dari tangan negarawan ulung Tun Mahathir atas dasar kononnya mahu selamatkan Malaysia selepas perbincangan 4 mata dengan Lim Kit Sian.

Agenda DAP kini akan lebih mudah dengan bantuan bekas Perdana Menteri ini Dr Mahathir yang datang menyembah beliau.
Tidak mustahil sikol keturunan keling yang telah menjatuhkan kerajaan Melaka seterusnya dijajah oleh bangsa penjajah selama 400 tahun akan muncul kembali dengan watak yang dibawa Tun Mahathir kini.

Penulis perlu mengakui bahawa sekiranya kita terus alpa, sekiranya orang Melayu terus bersengketa dan sekiranya orang Melayu terus berpecah dan berpecah kerana berebutkan kuasa, waktu itu sebenarnya sudah tidak lama dan penulis bersetuju dengan kata kata Lim kit siang sekiranya UMNO berjaya ditewaskan, percayalah sampai bila bila pun orang Melayu tidak akan lagi mampu untuk bangkit merampas kembali negara ini dan DAP akan memerentah negara ini secara proksi untuk suatu jangkamasa sebelum keadaan mengizinkan…

Saya tidak pasti mengapa. Tiba tiba airmata ini mengalir ketika mahu menyiapkan ayat ayat terakhir pada artikel ini..

Advertisements

2 thoughts on “Usaha Kit Siang ‘Letupkan Malaysia’ Makin Jadi Kenyataan ?

  1. Saya percaya sekarang pun kalau PAS buat pusingan U mahu bersama kembali kedalam Pakatan, DAP akan menadah nyiru utk menerimanya ,asalkan Melayau boleh di pecah belahkan.Perjuangan utama DAP adalah utk menjatuhkan kerajaan Melayu ,bukan menentang rasuah,bukan menentang penyalah gunaan kuasa dan bukan juga menentang kronisma dan nepotisma.Itu lah sebabnya ,bila Anwar tercampak dari Umno dan menubuhkan PKR,DAP bersahabat baik dgn nya ,walau pun dulunya Anwar adalah musuh tegar mereka dalam isu pendidikan.Begitu juga sekarang bila Mahahtir keluar dari Umno dan menubuh PPBM,langkah yg sama di ambil oleh DAP,menerimanya.Walau pun dahulunya Mahathir adalah musuh DAP paling tegar dan di anggap sebagai pengamal rasuah,penyalah guna kuasa,diktator,kronisma ,nepotisma dsb.Sekarang Mahathir pula adalah insan paling baik bagi DAP.

    Kalau ini pun orang Melayu tak faham,memang tidak hairan kalau orang Melayu akhirnya merempat di bumi sendiri ,hasil caturan DAP.Saya masih khuatir dgn pendirian PAS,sekiranya tampuk pimpinan PAS beralih tangan ,kerana individu berkaitan yg bakal menjadi pemimpin utama Pas kelihatan lemah dalam bacaan politik ,walau pun baik dari segi ilmu ugamnya.Harapan kita hanya kepada orang muda seperti Nik Abduh,Dr Zuhdi dll.

    Like

  2. Manusia membuat undang2 supaya diri sendiri dan puak2 sendiri tidak kena hukuman jika melanggar undang2 yg dibuatnya.

    ISLAM ialah undang2 kepada SEMUA. Mengapa tidak mahu menggunakan undang2 yg telah lengkap dari pencipta segala?
    Undang2 tersebut bukan Hj Hadi yg buat. Hj Hadi juga wajib dihukum jika melanggar hukum ISLAM.

    Jadi, apa yg menghalang?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s