PAP Desak ROS Segera Selesai Siasatan Berhubung Status DAP

GEORGE TOWN – Parti Alternatif Rakyat (PAP) mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menyelesaikan segera siasatan berhubung status DAP sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Pengerusinya Rahmad Isahak berkata siasatan sudah terlalu lama sehingga menjangkau lebih tiga tahun dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku melainkan DAP telah mengatasi bidang kuasa RoS.

Beliau mendakwa status anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang hingga kini belum mendapat pengiktirafan menggambarkan seolah-olah RoS tidak profesional dalam melakukan siasatan terhadap parti itu.

Dengan kedudukan itu, DAP sebenarnya tidak boleh meluluskan keanggotaan parti atau mengutip yuran daripada anggotanya, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

RoS sebelum ini mengarahkan pemilihan CEC diadakan semula selepas wujud dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi pada pemilihan 15 Dis 2012.

Pemilihan semula CEC pada 29 Sept 2013 juga belum diiktiraf selain mendapat bantahan daripada bekas anggota parti itu yang mendakwa menerima undi daripada perwakilan sedangkan tidak lagi menjadi ahli DAP.– BERNAMA

Advertisements

One thought on “PAP Desak ROS Segera Selesai Siasatan Berhubung Status DAP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s