Hannah Yeoh Sembunyi Fakta Pegawai Guan Eng Mulakan Provokasi

AIDCNews– 27/05/17 –ADUN DAP Subang Jaya didakwa menyembunyikan fakta apabila tidak menyatakan bahawa insiden tampar Zaidi Ahmad berpunca daripada sikap provokasi dan kurang ajar yang dilakukan pegawai Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri.

Perkara itu dibangkitkan oleh Roslan Shahir Mohd Shahir, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor dalam Facebooknya hari ini.

Posting di bawah adalah dari FB seorang bertaraf Speaker Dewan Negeri. Beliau juga seorang peguam.

Beliau memetik laporan dari FB partinya DAP yang memerintah Pulau Pinang.

Selepas solat Jumaat di luar Masjid Simpang Enam di Pulau Pinang sebuah NGO dikenali Jalinan Muslimin Pulau Pinang telah mengadakan himpunan aman membantah campurtangan kerajaan negeri dalam urusan fatwa negeri.

Ketika Pengerusi NGO berkenaan Ustaz Mohamed Hafiz sedang berucap datang seorang bernama Mejar (B) Zaidi menganggu secara fizikal Ustaz Hafiz.

Lalu berlakulah reaksi spontan mereka yang hadir sehinggalah sebagaimana dilapor Mejar berkenaan dikatakan ditampar.

Kalau Hannah Yeoh bersetuju dengan partinya mengatakan himpunan itu dianjur penyokong pro Umno dan PAS beliau juga perlu berlaku adil dengan menyebut bahawa Mejar Zaidi sebenarnya seorang ahli DAP dan berkerja makan gaji dengan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sejujurnya ini bukan himpunan PAS atau Umno tetapi sebenarnya NGO yang mewakili umat Islam Pulau Pinang.

Ini isu kemarahan umat Islam tentang dakwaan campurtangan kerajaan negeri dalam urusan agama mereka.

Hannah sebagaimana partinya cuba lari dari isu. Beliau mahu gambarkan kononnya ini himpunan ganas, maki hamun dan memukul orang anjuran gabungan PAS Umno.

Beliau tidak sebut himpunan aman ini sebenarnya diganggu oleh ahli partinya yang bekerja untuk Setiausaha Agung partinya. Zaidi datang ke majlis aman sengaja bikin provokasi.

Ini sebenarnya majlis himpunan aman umat Islam yang diganggu wakil parti DAP.

Jangan Hannah putar belit dan adu domba umat Islam dalam bulan mulia mereka.

*RALAT*
Menghormati pandangan sahabat2 bekas tentera Mejar Zaidi yang saya sebutkan di atas sepatutnya dikenali bekas Mejar Zaidi.

Terima kasih atas teguran.

Roslan SMS

Advertisements

3 thoughts on “Hannah Yeoh Sembunyi Fakta Pegawai Guan Eng Mulakan Provokasi

  1. Apa hak Mejar Zaidi mahu menghalang perhimpunan tersebut,dia bukan panguat kuasa pun.Dia yg seolah-olah mahu cari pasal,nak tunjuk hebat jadi penjilat tegar DAP,Tinggi sangat ke martabatnya jadi pembela DAP tu.

    Like

  2. Ini lah contoh pentadsub dapig yg tidak meraikan perbezaan pendapat dan penghimpunan aman seperti yg dicanang2. Mane kebebasan bersuara dan hak dlm berhimpun pihak berkenaan sehingga diganggu oleh wakil pemerintah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s