Judi : Selangor Sedia Timbang Cadangan Henti Keluar Lesen Hiburan Keluarga

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersedia menimbangkan cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya bersedia menimbangkan cadangan berkenaan termasuk meneliti perkara itu dari segi perundangan, penguatkuasaaan dan perkara lain yang berkaitan yang berada di bawah bidang kuasa PBT dan polis.

“Kerajaan negeri berpendirian sebarang aktiviti yang tidak sihat seperti perjudian haram harus dihentikan, ia bagi menjamin keselamatan masyarakat Selangor dan usaha ini memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk polis, PBT dan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, Khalid dilaporkan mencadangkan kerajaan negeri dan PBT di seluruh negara menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga serta-merta kerana sering didapati pengendalinya menyalahgunakan lesen berkenaan untuk menjalankan kegiatan perjudian.– BERNAMA

Khalid gesa PBT henti beri lesen pusat hiburan keluarga

MELAKA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri agar menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga kerana berlaku terlalu banyak salah guna lesen untuk tujuan perjudian.

“Mengapa perlu ada pusat hiburan keluarga tetapi di dalamnya terdapat mesin yang kemudian disalah guna menjadi mesin judi,” katanya pada sidang media di Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai-Pegawai Kanan Kontinjen Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Beruang hari ini.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menuding jari kepada polis dalam isu pencegahan judi sedangkan PBT sendiri yang mengeluarkan lesen dan mempunyai peruntukan undang-undang bagi membendungnya.

“Terdapat pelbagai peruntukan di bawah kuasa PBT termasuk menyita premis dan sebagainya. Namun apabila premis hiburan keluarga menyalah guna lesen, mereka (PBT) masih beri masa 3 bulan, 6 bulan mahupun hingga hujung tahun, jadi masalah ini berterusan,” katanya –BERNAMA

Judi Internet : PAS Pandan Buat Laporan Polis

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s