Taikun Judi Tan Kok Ping Proksi Guan Eng Di Belakang Pennjualan Tanah Tanpa Tender ?


Captain M – 1. Datuk Huan Cheng Guan, Naib Pengerusi Parti Cinta Negara memberi tempoh 7 hari (sehingga 2 Jun 2017) kepada Lim Guan Eng untuk mendedahkan kandungan Perjanjian Jual Beli tanah Peel Avenue kepada umum sebelum melaporkan kepada SPRM menyiasat Skandal RM 156 juta ini.

2. Dua perkara utama yang dibangkitkan ialah;

i. Penjualan Tanah Peel Avenue RM156 juta adalah di bawah paras harga pasaran. Kawasan berhampiran Gurney Drive bernilai RM 1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM 1,000 setiap kaki persegi.Tetapi dalam soal tanah Avenue harganya hanyalah RM 560 sekaki persegi. Seperti biasa Lim Guan Eng menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Amat melucukan Lim Guan Eng tidak pernah konsisten dengan menggunakan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sebagai rujukan dalam menjual tanah Kerajaan Negeri. Apatah lagi penggunaan JPPH pada tahun 2015!. Semasa kes pembelian rumah banglo murahnya Lim Guan Eng membuang dalam tong sampah laporan JPPH.

ii. Penjualan tanah secara rundingan terus tanpa tender terbuka. Ia jelas sikap hipokrit Lim Guan Eng dan DAP untuk melaksanakan semua projek atau perolehan secara tender terbuka.Slogan Cekap, Akauntabiliti dan Ketelusan DAP memang semakin lawak sejak Lim Guan Eng dituduh kes rasuah ini. Lim Guan Eng terus merompak sebelum dia dituduh bersalah.

3. Ada sesuatu yang belum dibincangkan netizen dalam kes penjualan tanah Peel Avenue RM156 juta ini. Tentang penglibatan Tan Sri Tan Kok Ping proksi utama Lim Guan Eng dalam syarikat Island Hospital Sdn Bhd.

4. Yang kita tahu ialah seorang dari proksi Lim Guan Eng telah ditahan SPRM sebelum ini Dato’ Seri Khor Teng Teng, Pengasas Hunza Group yang terlibat dengan kes rasuah dan salah guna kuasa projek jual tanah bumiputera di Pulau Pinang. Sila baca

Siapa Tan Sri Tan Kok Ping
Proksi Lim Guan Eng?

5. Ingat lagi laporan khas Mingguan Malaysia pada 12 Mac 2017? Media melaporkan pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya memperoleh semula hasil wang negara yang hilang hasil dua serbuan di dua buah negeri. Dua Tan Sri tidak membayar cukai dan merasuah penjawat awam berjuta setiap bulan.

6. Seorang Tan Sri itu ialah Tan Sri Tan Kok Ping. Seorang ahli perniagaan, taikun judi dan samseng terkenal di Pulau Pinang. Siapa tidak kenal hubungan rapatnya dengan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang DAP itu.

7. Kisah samseng Tan Kok Ping boleh dibaca dalam blog Stop The Lies. Artikel Captain M bertarikh 16 Januari 2017 juga berkaitan. 12 tahun sebagai Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (kini Penasihat PCCC). Malah Betty Chew isteri Lim Guan Eng pernah dilantik sebagai AJK PCCC bersama Phang Li Koon penjual banglo murah kepada Lim Guan Eng. Baca di sini

8. Apa yang paling penting ialah di belakang pembelian tanah rakyat Peel Avenue tanpa tender yang menjadi isu sekarang adalah Tan Sri Tan Kok Ping. Beliau meletakkan anaknya Tan Poay Seng sebagai proksi dalam syarikat Island Hospital Sdn Bhd itu.

Tan Poay Seng anak kesayangan Tan Kok Ping

9. Tan Poay Seng turut menjadi Pengarah Urusan Magni-Tech Industries Berhad yang diasaskan bapanya Tan Kok Ping, Coronation Springs Sdn. Bhd dan Ahli Lembaga Pengarah di City Developments Limited berpengkalan di Singapura.

0. Jadi tidak menghairankan Syarikat Island Hospital Sdn Bhd dijual kepada RAFFLES Medical Group Limited, syarikat penjagaan kesihatan kedua terbesar di Singapura dengan harga RM110 juta. Inilah apa yang Lim Guan Eng anggap sebagai pelaburan asing sehingga tidak perlu lagi mengadakan tender terbuka bagi penjualan tanah Peel Avenue kepada Island Hospital Sdn Bhd dengan harga RM 156 juta. Lim Guan Eng sejak awal memang memberi ruang kepada Tan Kok Ping dan anaknya Tan Poay Seng.

11. Siasatan kes angkara Tan Sri Tan Kok Ping yang mengelak cukai, judi tidak berlesen, pemilik pusat hiburan dan membayar rasuah jutaan ringgit sebulan wajar didedahkan kepada rakyat. Jika boleh didakwa seperti Dato’ Seri Khor Teng Tong kerana Tan Kok Ping adalah kunci utama rasuah Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

12. Oleh yang demikian cabaran Datuk Huan Cheng Guan untuk menunjukkan dokumen perjanjian “Sales and Purchase Agreement” penjualan tanah Peel Avenue kepada umum adalah berasas sebagaimana keberanian Lim Guan Eng menunjukkan surat JPPH penilaian tahun 2015 itu. Netizen mahu tahu bagaimana Tan Kok Ping mendapat keuntungan dari urus niaga ini.

Nota: Tidakkah penjualan tanah Kerajaan Negeri kepada Island Hospital Sdn Bhd satu usaha menjual Pulau Pinang kepada Singapura?

Advertisements

One thought on “Taikun Judi Tan Kok Ping Proksi Guan Eng Di Belakang Pennjualan Tanah Tanpa Tender ?

  1. Wah kaya juga orang yg bernama Kamarudin Jaafar tu ye memiliki 10,813,510 juga saham dalam Magni-tech nilai pasaran sekarang kira-kira RM60,000,000.00.Siapa agaknya dia ?.Ini hanya satu syarikat tersenarai ,mungkinkah dia memiliki saham di beberapa syarikat tersenarai lagi ,wallahhukalam.Siapa dai agaknya?.Adakah dia KJ MP dari Pas yg melompat keluar bersama parasite menubuhkan Amanah tu?. Kalau dia orangnya,memang besar kemungkinan ada beberapa syarikat tersenarai yg lain lagi yg dia memiliki sahamnya,maklumlah dulu dia orang kuat bekas TPM dan FM,tentu banyaklah syarikat yg memberi peluang utk beliau mengaut kuota Bumiputra yg perlau di patuhi bila sesebuah syarikat mahu di senaraikan.Rezeki dia,tapi rezeki tu Allah beri , hasil dari polisi Umno juga lah dan juga hasil dari kuasa yg ada pada Umno.Patut sangat kalau dia berterima kasih pada Umno dan bersyukur pada Allah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s