Kisah Bahaya DAP & Lim Kit Siang Dibukukan

SHAH ALAM – Kisah bahaya perjuangan DAP serta Penasihatnya, Lim Kit Siang kepada orang Melayu dan agama Islam dibukukan dalam sebuah makalah setebal 272 muka surat.

Mengandungi 16 bab, buku bertajuk DAP: Bahaya Kepada Melayu-Islam di Malaysia memaparkan sejarah politik Kit Siang dan DAP sejak dari awal pengli­batannya sehingga sekarang.

Lengkap dengan peyelidikan terperinci, karya tersebut dipilih pemenang utama pertandingan esei mengenai Kit Siang yang menyentuh persoalan rasis, anti-Islam dan diktator.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebagai ahli politik Kit Siang tidak boleh mengelak daripada dinilai dan rakyat berhak mengenali watak sebenar Penasihat DAP itu.

“Sebagai contoh kisah 13 Mei, apa ucapan Kit Siang tiga hari sebelum tragedi, apa ucapan Kit Siang pada hari tragedi (di Kota Kinabalu) dan apa tindak-tanduk Kit Siang seminggu selepas tragedi.

“Rakyat kini boleh menilai ke­rana dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya ada dua pilihan, kerajaan diketuai UMNO atau pembangkang diketuai DAP,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang penulisan esei mengenai Kit Siang di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Se­langor, Tan Sri Noh Omar dan Ketua Penerangan UMNO Sela­ngor, Datuk Zein Isma Ismail.

Dalam sidang akhbarnya selepas itu, Annuar berkata, jentera penerangan UMNO akan menjelajah ke seluruh negara bagi me­nerangkan bahaya Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Dakwanya, dengan pendekatan Malaysian Malaysia, banyak dasar bersifat keadilan sosial yang ketika ini dinikmati rakyat pelbagai kaum akan terhapus jika pakatan itu memenangi PRU-14.

“Parti-parti junior dalam pakatan ini hanyalah ‘buah sembah’ seperti dalam silat, pukulan maut tidak dimiliki PKR, PAN atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), itu milik DAP.

“Kita semua sedar parti-parti junior ini tidak akan mampu menandingi kekuatan DAP, baik dari segi bilangan kerusi mahupun pe­ngaruh sebab pencatur utama dalam pakatan itu adalah DAP,” katanya – UM

Advertisements

One thought on “Kisah Bahaya DAP & Lim Kit Siang Dibukukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s