PKR Akui Ahli Parlimen DAP Juga Boleh Jadi PM

AIDCNews– 29/05/17 –Walaupun PKR dan DAP hari ini mencanang nama Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Ke-7, namun Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin berkata keputusan paling tepat bergantung kepada keputusan PRU 14 kelak.

Shaharuddin berkata jika pembangkang menang kerusi majoriti di Parlimen, parti-parti kompenan Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan PPBM akan duduk berbincang bersama untuk menentukan siapakah bakal PM di kalangan mereka.

“Kita akan lihat parti mana yang menang kerusi terbanyak (di Parlimen) kerana mereka mempunyai kelebihan dalam memilih Perdana Menteri,” katanya sepertimana dilapor sebuah akhbar arus perdana.

Pada PRU 13 lalu, parti yang memiliki kerusi terbanyak adalah DAP dengan 38 daripada jumlah 89 kerusi pembangkang di Parlimen.

PKR pula berada ditangga kedua apabila memenangi 30 kerusi di Parlimen.

DAP juga merupakan parti paling dominan di kalangan pembangkang apabila memenangi 28 kerusi berbanding dengan PKR, 26 kerusi pada PRU 12.

Pada konvensyen PKR minggu lepas, parti itu sebulat suara menyokong Anwar yang kini sedang dipenjarakan sebagai calon PM ke-7.

Memandangkan kekangan perlembagaan terpalit ke atas Anwar, isterinya yang juga Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi PM sementara.

Selaku PM sementara, Wan Azizah akan mengusahakan pengampunan diraja untuk Anwar dan kemudian diadakan pilihan raya pada bulan-bulan berikut untuk membuka jalan bagi Anwar menjadi PM.

Advertisements

One thought on “PKR Akui Ahli Parlimen DAP Juga Boleh Jadi PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s