Sikap Sombong Ketua Armada PPBM Dibidas….

Reaksi Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap pengumuman keluar parti oleh 1,000 orang ahli PPBM Perak langsung tidak menunjukkan kematangan dan menggambarkan ciri ciri budak hingusan.

Ketika Cikgu Kamarulzaman meletak jawatan dalam parti, reaksi yang diberinya adalah mengandaikan cikgu Kamarulzaman telah diugut.

Namun Cikgu Kamarul telah menafikan dan sehingga kini, Syed Saddiq masih gagal membuktikan ugutan tersebut benar benar berlaku.

Kali ini, dia menuduh pula Naib Presiden PPBM iaitu Dato Hamidah Osman sebagai pendalang dan mengarahkan Dato Hamidah supaya berambus dari PPBM.

kami sebagai aktivis pengasas merasa amat terkilan dengan tindak tanduk dan sikap buruk Syed Sadiq. Kami agak malu bila semenjak kebelakangan ini, Syed sadiq banyak menunjukkan sikap sombong dan ego yg tak bertempat. Hargai lah kepercayaan yg telah diberikan oleh pucuk pimpinan dan jangan sampai sikap sombong dan riak kamu itu memalukan parti dan menyebab kan akar umbi rasa kurang selesa.

Inilah yang sedang berlaku dalam PPBM akibat mereka yang dipilih untuk memegang jawatan hanya lah berdasarkan kroni.
Syed Saddiq hanya seorang budak mentah yang baru keluar dari bangku sekolah dan tiada pengalaman hidup apatah lagi pengalaman berpolitik , tetapi telah diletakkan di satu kedudukan yg terlalu tinggi untuk bersuara seperti lebih sudu dari kuah.

Kenyataannya sering gopoh dan terburu-buru hanya untuk menyerang dan menuduh berdasarkan andaian dan sekadar anggapan peribadi.

Maka lahirlah anggapan bahawa kemelut PPBM di Perak ini adalah hanya kerana perebutan jawatan.

Sebagai seorang yang bangga dengan ciri bangsa Johor, Syed Saddiq tidak sepatut nya bersikap kurang ajar dan langsung tidak menunjukkan sikap budi bahasa bangsa Johor dan anak Melayu.

Adakah pihak atasan parti merestui tindak tanduknya? . Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadikan Syed Sadiq sebagai jurucakap mengenai kemelut PPBM di Perak?

Mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin masih berdiam diri sehingga hari ini? Keadaan ini seolah olah suatu pengesahan kepada yang diperkatakan selama ini bahawa suara akar umbi langsung tidak diambil peduli oleh pihak pimpinan PPBM.

Kami di peringkat akar umbi amat mengharapkan agar kemelut PPBM di Perak dapat ditangani secara bijaksana dan berhemah. Utamakan lah perjuangan Rakyat berbanding kepentingan peribadi. Ingat lah pepatah orang dulu dulu agar Jangan belunjur sebelum duduk.

Mohamed Firdaus Bin Abdul Khader
ahli Armada PPBM Kuala Kangsar Perak

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s