Singkir ‘Musang Berbulu Ayam’ Dalam The Star

WA Sengat Lu – The Star semalam menyiarkan berita bertajuk ‘Malaysia Terrorist Leader’ di muka hadapannya, manakala sambungan berita seterusnya di halaman tiga akhbar itu.

Di bawah tajuk berita berkenaan, akhbar itu menyiarkan gambar umat Islam sedang mengerjakan solat Tarawih. Ia satu cara menggambarkan dan memberi persepsi buruk Islam dengan keganasan. Ia satu penghinaan.

Sikap the star bukan baru. Cara biadap berulang, tajuk yang diputar belitkan dan tidak sensitif terhadap umat Islam sudah biasa dilakukan oleh Akhbar The Star.

Sekalipun Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang The Star sebelum ini rasanya sikap akhbar ini akan terus kekal. Permohonan The Star hanyalah satu gimik “sengaja buat salah kemudian maaf”. ‘Damage has been done’ KDN wajar mengambil tindakan tegas.

Parti komponen MCA pula pemilik saham terbesar akhbar itu perlu merombak akhbar miliknya. Sekalipun kita memperjuangkan kebebasan akhbar tetapi bukan kebebasan seperti ini yang kita mahu. Sudah tiba masa MCA perlu mencampuri urusan penerbitan akhbar The Star bagi mengelak perkara tidak diingini.

Sebagaimana Perkhidmatan Awam dalam berjuta penjawat awam ada kalangan mereka pendokong dan ahli parti pembangkang. Hanya membezakan mereka ialah tindakan sokongan secara terang-terangan atau belakang tabir sahaja. Yang dibuang digantung, amaran dan tatatertib saban hari ada. Jadi bukan menghairankan. Bertindak tegas dan cakap serupa bikin untuk buang!

Sumber dalaman The Star mendedahkan bahawa kumpulan pengurusannya dan editor adalah dari Fanatik Kristian DAP.

Malah bekas wartawan the star Cheah Sin Chong dalam tulisan di Facebooknya berkata Datuk Leanne Goh perlu dipecat dari The Star. https://www.facebook.com/sccheah07/posts/10212390295490079

Jika pengurusan dan editor The Star merupakan pendokong kuat DAP jadi tak hairan cara mereka menyebarkan maklumat merujuk kepentingan gerakan DAP. Mereka adalah ‘Musang Berbulu Ayam’ dalam The Star, MCA wajar mengambil tindakan tegas memecatnya. Bukan terus menternak mereka dalam kandang The Star. Jika tidak ia akan merosakkan The Star sendiri.

Dalam DAP, Evangelis DAP yang fanatik kristian lebih biadap bukan sahaja menghina Islam, budaya malah sanggup menghina bangsa cina mereka sendiri yang bukan seagama mereka. Boleh dibaca persamaan mereka dalam blog Captain M. Inilah cara sikap DAP dan agen-agen mereka termasuk di media akhbar perdana seperti The Star.

https://captainmgs.blogspot.my/2017/05/sebarkan-hannah-yeoh-manifestasi.html?m=1

Kita harap Presiden MCA bertindak tegas memecat pengurusan The Star sebelum jadi parah. Jangan biar Musang berbulu ayam bermaharaja lela.

Advertisements

One thought on “Singkir ‘Musang Berbulu Ayam’ Dalam The Star

  1. Dalam PRU yg akan datang kita menyeru orang Melayu tidak lagi mengundi MCA,jika calon lawannya adalah calon PAS.Elok kita terus menugndi PAS.Sebenarnya MCA dan DAP tidak jauh berbeza,malah jika di teliti dgn cermit ianya lebih berbahaya ,kerana bersikap talam 2 muka dan gunting dalam lipatanMCA di menangkan oleh undi Melayu ,tapi mereka menolak keingina orang Melayu seperti dalam isu RUU355,walhal isu ini tidak langsung menjejaskan kepentingan mereka.Sepatutnya mereka tidak perlu membantuah ,walau pun mingkin tdak menyokong.Mereka lebih terikut-ikut rentak DAp ,atau mereka mungkin memang sepakat.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s